Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, September 13, 2012

Hati ke Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli 'ala Muhammad..


keHIDUPan.. maaf ya sebab sudah buntu mahu menulis apa. terlalu banyak perkara yang terkadang bila fikir 'Patutkah dikongsikan disini?'.. apa2 saja lah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
tadi ada terbaca satu ayat ni...
"...tangkap gambar dengan hati..menulis juga dengan hati.."
sejujurnya..memang..segalanya apabila berkait dengan hati kelihatan indah kan..?

(moga kalian yang suka mengambil gambar..ambil lah wajah keINDAHan dunia yang mengingatkanmu dan orang lain tentang kebesaran ALLAH..usah dengan sukamu mengambil gambar..dikau tambahi lagi dosa2mu..yakni, menatap yang haram.. ALlah...ini untuk ingatan untuk diriku yang diselubungi dosa jua ..)

teringat satu pesanan dari seorang Murabbi yang baruku kenali dan  ku dengari bait2 katanya beberapa minggu lepas..juga ada menyebut tentang 'hati'

"Bila menyampaikan sesuatu..jangan hanya keluar dari mulut ke mulut..tapi hati ke hati.."

ALlahu..ALlah.. (moga apa yang mahu disampaikan itu..mendekatkan penyampai dan pendengarnya mampir denganMu..ALlah)

dalam penyampaiannya juga..diri cukup terkesan dengan ayat ini..

"Jadikanlah dirimu itu seperti air mutlak..bukannya air musta'mal"

Hah..apa maksudnya? Siapa nak cuba jawab? (jawablah sendiri2 ye..bukannya Ulfah dengar pun jawapan korang)

Maksudnya... seperti air mutlak yang sifatnya suci dan boleh menyucikan orang lain... maka jadikanlah diri kita ini orang yang sentiasa membaiki diri..menyucikan diri dari sifat2 mazmumah sehingga orang lain turut terkesan dan (dengan izin ALlah) mahu jua membaiki diri... --> sila betulkan saya andai ayat saya salah ye.. berbanding air musta'mal... yang sifatnya suci tapi tidak dapat menyucikan yang lain..


tiba2 teringat pula kata2 seorang sobat yang hadir ke Seremban bersama sobatnya pada tahun 2010 (kalau tak silap Ulfah la..) bila rujuk ayat.."..hati ke hati.."

ayat yang paling Ulfah ingat sampai sekarang ialah..
"..mari sama-sama...ana ingatkan diri dan sahabat...sahabiah..agar kita dapat mengurangkan dosa2 kecil.." =')

pada pendapat Ulfah..apabila seseorang itu menjaga hubungannya dengan ALlah...
melaksanakan apa yang dipesannya pada orang lain..
dan mengucapkan segala apa kebaikan itu LILLAHITA'ALA..
maka (insyaALLAH) akan terlahirlah apa yang dikatakan sebagai dari hati ke hati..

aLlahu'alam..


*  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** *

ALLAH...
tinggal tak sampai 2 bulan atau lebih sedikit daripada itu untuk Ulfah menuntut ilmu di kampus ini.
kampus yang melakar kenangan selama hampir 5 1/2 tahun dalam hela nafas yang diizinkan ALlah..
(yang pastinya..walau ke mana saja kita melangkah...kita sebenarnya sedang melakar kenangan..yang menentukan tempat akhirnya kita di sana)

pelbagai ilmu yang Ulfah dapat timba di sini

juga mengenali apa itu MATLAMAT HIDUP yang SEBENAR!

ALLAHU ALLAH...

syukurku hanya padaMU yang selayaknya...
tanpa izinMu..
tiadalah aku mengetahui tentang apa2 yang ku perolehi kini

moga dengannya..
aku lebih2 lagi dapat mampir denganMu..

adik2 junior bila teringat atau bertanya Ulfah berada di semester berapa?
bila tahu angkanya... terus je ayat biasa kan keluar..

"mesti BEST kan kak..dah nak keluar dah"

sejujurnya..mungkin hanya 50% saja kata hati rasa 'BEST'
baki 50% pula kata...

"sedihnya"
"bimbangnya"
"boleh ke?"

3 dialog diatas kan menjelma bila teringat kat kawan2 dan sahabat2 yang bakal jasadku tinggalkan.
juga menjelma tatkala memikirkan cabaran realiti keHIDUPan yang bakal ku tempuhi tak lama lagi..
yang mana aku sendiri tidak tahu, apa pula lakaran yang bakal ALlah izinkan untukku lakar..
adakah mampu untuk aku istiqamah dan meneruskan langkahan dalam  jalan mengapai MATLAMAT HIDUPku itu?

ALLAH..

BIMBING DAN KURNIAKANLAH TIAP PERKARA YANG TERBAIK BUATKU..

BUAT AHLI KELUARGAKU
GURU2KU..
SAHABAT HANDAIKU..
PARA MUKMIN MUKMINAT..
HAMBA2MU YANG BERJUANG MENEGAKKAN KEBENARAN
 JUGA
BUAT MUSLIMIN MUSLIMAT SELURUHNYA..

amiin..

(setakat disini saja buat hari ni.pening pula bila terhenti2 menaip..)

ok..Assalamualaikum~



No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...