Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Wednesday, August 1, 2012

hidupku hanya ada KAU

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahummasolli 'ala Saidina Muhammad..


sangka baikku padaMu
bahawa Kau mahu mendidikku
agar Kau saja yang bertakhta
dalam jiwa ragaku
justeru
tiap waktu
ujian yang sama mendatang
untuk mengingatkan aku
perihal itu

air mata terkadang
mengalir tanpa dapat ku tahan
kerana
bukan dia saja berkata
seperti itu
malah dia, dia dan dia
juga berkata itu

terasa diri jahat yang amat
seperti aku tidak pernah
mengenali
apa itu sebuah
PERSAHABATAN

andai benar2 SAHABAT HATI
pasti tidak akan pernah berputus asa
dalam menerima kelemahan demi kelemahan
sahabatnya
meski menyakitkan
mesti menyesakkan nafasnya
kerana
dengan izinMu jua
dia bakal kenal
hati budi yang benar tentang
sahabat yang menyakitkan itu

bukanlah bermaksud tiap insan perlu memaksa diri untuk menerima kelemahan sahabatnya
kerana tidak semua sanggup berbuat begitu
melainkan dia benar2 mahu
berSAHABAT UKHRAWI dengannya

dalam lipatan sejarah idup
ku mengenali warna warni diri sendiri
makin memahami diri dan kehidupan yang perlu aku jalani
usah biar HATI mendekati sesiapa
takut bakal menyakitkan mereka kelak
usah pernah mahu memahami sesiapa
khuatir nanti kau pula yang bakal buat tidak pernah mengenalinya

ya
berlapang dada
malah dirasai menjangkaui
kepentingan diri
menyayangi sahabat
MUNGKIN..juga tidak

KAU saja Maha Tahu
ya ALLAH

pelbagai karenah insan
yang ku hadapi

ya..tidak dinafikan
aku jua punya karenah yang tersendiri
tidak pula aku menafikan karenah ku jauh lebih buruk
dari yang lain

namun
sejauh mana buruk karenahku
tetap jiwa kacaku
mudah retak
walau dengan satu hembusan angin
padang sahara
yang sunyi dari flora dan fauna

tidakku memilih
dalam bersahabat
namun
tetapku mendambakan
insan yang dapat mendengar
suka duka yang terkadang amat sukar
untukku kongsikan bersama yang lain

aku tetap manusia biasa
tiada apa istimewanya aku
malah akulah hambaNya
yang paling hina
penuh dosa yang menyelimuti hidupku
moga ALLAH mengampuni
segala dosa2ku

walau nampak seperti mudah saja
ku melukakan
namun
percayalah
sudah lama cuba ku bebatkannya
sendirian
dengan mendamba
kekuatan daripada Nya

aku manusia biasa
yang tiada keistimewaan
tiada ku tahu
apa lebihnya aku
melainkan aku BANGGA kerana ALLAH
memilihku untuk mengenaliNya
alhamdulillah

hati yang dibebat
dengan pelbagai gaya bebatan
terkadang tidak mampu menahan darah
yang mengalir
tatkala kainnya tiba2 direntap
oleh tangisan dalam hati

aLlahu'alam

Kau saja Maha Tahu
apa yang sedang mahu ku buat
dan ku fikirkan
kerana aku sendiri tidak tahu
aku mahu berbuat apa
dan mahu memikirkan bagaimana

acap kali ku fikir
sudah
tidak perlu berharap
menagih simpati daripada sesiapa
namun
usah pula penting diri
beraja di hati
itu PARAH namanya

ALLAH
bisa saja Kau sedang memakbulkan doaku
bisa saja cintaMU yang tiada tandingan
sedang mahu disemai dalam hati
ku redha ya ALLAH
tapi sememangnya semua ini
sakit ya ALLAH
kerana ia berulang
dan acap berulang..

Tabahkan diriku
ya ALLAH
aku sudah tidak tahu berbuat apa
sekadar langkah akhir ku itu yang mampu ku lakukan
dan telah pun ku lakukan
buat penghilang pertanyaan yang bersarang di fikiran
alhamdulillah
tidak begitu serabut
kotak fikirku tentang itu
keran ku tahu
aku lah PUNCA nya

aku lah penJAHATnya

ampuni aku ya ALLAH

aku takut
andai semua ini makin
menjauhkan aku dariMu

ya ALLAH...
andai murkaMu yang menjengah
mana lagi mahu ku langkahkan kaki ini
mana lagi wajahku mahu disembunyi
mana lagi dapat ku berkata-kata

ALLAH
bimbinglah hidupku
kerana hidupku
hanya ada DIKAU saja
dan sememangnya
itulah yang patut ku tancap dalam diri hingga akhir hayatku

ALLAH..KAU TAHU KELEMAHANku
dan disitulah ujianMu padaku
redhakan aku atas apa yang berlaku
lembutkanlah hatiku
ya ALLAH.. = '





No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...