Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, December 20, 2011

FiMo...Momo..

Bismillahirrahmanirrahim..

FiMo.. atau nama panggilan manja nya MoMo..
Hadir tanpa dindang [walaupun sebenarnya Ulfah sendiri yang angkat masuk dalam kereta dek kerana kesian yang melambung tinggi]

Hampir 4 bulan ia bersamaku.

Memang pernah terlintas dulu untuk membela kucing tapi berikutan ketidaksukaan ahli keluarga untuk membela kucing maka tiadalah kami membela haiwan ini sehinggalah saat ALLAH pertemukan Ulfah dengan FiMo.

Herm.. mungkin ada yang mahu gelak atau terdtik... "aduhai... crita pasal kucing la pula... xde cerita yang lebih serius dan matang ke?"

Biarlah.. Blog Ulfah kan..

Sebenarnya Ulfah dah lama nak post entri tentang FiMo tapi selalu biarkan.. Namun, harini sebelum tidur Ulfah bertekad mahu tuliskannya disini. Ulfah sayang FiMo walaupun selalu juga berleter sendiri kerana perlu membersihkan najisnya yang tidak kuasa dilayan oleh orang lain. Hanya ALLAH Maha Tahu apa yang trlintas dalam hati Ulfah saat ini. Lintasan hati yang tidak semuanya perlu diberitahu atau dikongsikan dgn ssiapa.

Sebenarnya (lagi),sedang bermain ligat dalam kepala Ulfah untuk membebaskn FiMo keluar dari rumah. Maksudnya, dia boleh pergi kemana saja yang dia suka. Bukan apa,memang Ulfah akan 'monitor' FiMo seandainya dia dilepaskan  bebas di dalam rumah. Khuatir dia akan buat 'projek' bak kata mak atau dengan kata lain buang air di luar 'sarang'nya.

Fikiran untuk membebakan Fimo dengan sebebasnya adalah dek kerana Ulfah mmikirkan yang Ulfah semakin hari semakin tidak terdaya untuk menjaganya selain Ulfah amat kasihan pada Fimo yang perlu mengikuti 'displin' yang Ulfah tetapkan yakni antaranya perlu dicuci punggung, kaki dan badannya sebelum bebas bergerak dalam rumah. 'Displin' yang Ulfah buat ini adalah untuk sdaya upaya yang trmampu untuk memastikan najisnya tidak mengotori rumah. Ulfah juga kasihan dengan Fimo kerana dia akan kebanyakn masa dia akan dikurung untuk tidur pada waktu malam.

Ulfah kesian pada Fimo dan dah banyak kali niat untuk melepaskannya pergi. Namun, hati tetap juga merasa berat kerana sudah sangat sayang dengan Fimo. satu lagi, Ulfah bimbang akan nasib dia diluar sana. Boleh kah dia mencari makanan dan menjaga dirinya daripada kucing2 jahat.

ALLAH Maha Tahu bagaimana perasaan Ulfah pada waktu ini. ALLAH juga Maha Tahu kenapa Ulfah berada di dalam keadaan begini.

Walaupun tangan Ulfah calar balar dan banyak kali terluka dengan ketajaman kuku Fimo, tapi Ulfah tetap sayangkan Fimo.

Tiba2 terngiang satu dialog..."Binatang yang korang tendang tu lagi mulia daripada korang... Binatang2 yang korang tendang dan rasa jijik tu tak henti berzikir!" [sekadar teringat satu dialog dalam sebuah kem baru2 ni..]

Ulfah dengar binatang akan hanya jadi debu masa akhirat nanti melainkan beberapa binatang yang diizinkan ALLAH masuk kedalam syurga... antaranya ialah:

1. burung Hud2
2. untanya Nabi Saleh
3. unta Nbai Muhammad
4. Ikan yang menelan Nabi Yunus
dan ada lgi 6 ekor haiwan yang diizinkan ALLAH...

Fimo...

ya ALLAH.. berilah petunjuk samada perlu Ulfah lepaskan Fimo atau tidak..

Ulfah merasakan perlu dilepaskan berikutan bimbang dia tidak terurus oleh Ulfah sendirian. Namun, tiap kali berkata "Ya" maka akan datang pula prsoalan... bolehkah Fimo cari makanan sendiri?... bolehkah dia jaga diri dia baik2? dan semamangnya kerana Ulfah sudah sayang.

Sekadar disini saja contengan Ulfah dalam keHIDUPan..

Mungkin ini juga menjadi salah satu didikan buat Ulfah untuk menjadikan jiwa Ulfah kuat! Ulfah masih punya sisa baki yang banyak untuk melupakan keRINDUan yang amat terhadap arwah atok yang sudah tiada. Mungkin ALLAH mahu jiwa Ulfah lbih kntal untuk menghadapi perasaan 'kehilangan'. Mungkin saja ALLAH beri semua ini agar Ulfah jadi lebih kuat untuk menerima 'kehilangan' yang besar pada masa mendatang.

wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.