Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, November 10, 2011

Apa nilaimu?

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah... syukur atas setiap hirup nafas yg telah dan sedang Kau kurniakan ini ALLAH... Syukur atas setiap nikmat dan ujian yang ada di depanku.. Nikmat itu.. ye..semestinya membahagiakan. Ujian? Memang terasa sengsara dan pedih untuk dijalani. Namun apabila telah melepasinya atau tersedar akan hikmah yang ALLAH mahu beri kepada kita, manisnya mula terasa.

-AlhamduliLah juga..FIMO tidak cedera parah akibat diserang kucing JAHAT! AlhamduliLlah, HUD2 walaupun mengalami luka2 pada badannya, namun (dengan izin ALLAH) HUD2 masih dapat menjadi tunggangan perang yang gagah! insyaALLAH..[ sekadar selingan]-


Fimo 1/3 daripada sekarang.. [mak yg kata.. (^^,)]

Gambar HUD2 pula...

hee... bukan HUD2 ni yg saya ada...

(gambar ada dlm external... lain kali la ye)
 * * * * * * * * * * ** *  the end for this part  * * *  * * * * * * * * 

Orang muda zaman sekarang perlu mempersiapkan diri untuk menggalas kepimpinan masa depan. Kepimpinan masa depan berhajatkan penguasaan isu semasa, penguasaan pelbagai bahasa dan pemikiran kritikal disamping keperibadian unggul. Benchmark persiapan kepimpinan masa depan bukan setakat peringkat nasional bahkan antarabangsa. Maka, orang muda kini harus mula mempersiapkan diri sekurang-kurangnya 10 tahun lebih awal.We are the Khalifah of Allah.

ok.. ni bahagian SeRiUs sikit (td pun serius gak..tapi ni lebih sikit...
[im' quoted this statement from someone's wall post]

Mempersiapkan diri sekurang-kurangnya 10 tahun lebih awal! 'sekurang-kurangnya'.. Jom, 'calculate' sikit...
Kalau umurku 23 tahun.... 23 - 10= 13 tahun... hah.. sejak dari umur 13 tahun, bagaimana sahsiah dan fikiran kita tentang hidup ini? Renung2kan....apa nilai yang ada pada diri kita dalam kita ingin sumbangkan dalam membantu merealisasikan matlamat kita sebagai seorang Muslim? Pertama-tamanya, YA..HARUS JELAS DENGAN MATLAMAT KITA DILAHIRKAN DIDUNIA INI.... mari renungkan ayat ini... 

Firman ALLAH swt dalam surah az-Zariyat:56

Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”

Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Ibadat itu terbahagi kepada 3 bahagian: sila klik sini

Apabila telah jelas, nyata dan terang MATLAMAT HIDUP kita, maka barulah kita akan sedar akan kepentingan sebuah KEPIMPINAN itu. KEPIMPINAN dalam mentadbir diri, keluarga dan yang paling penting ...NEGARA!

aku nak katakan kat sini bahawa....

KEPIMPINAN  itu POLITIK!

hah.... mula la tu ada yg nak berkerut dahi... KENAPA? tak boleh sebut pasal POLITIK ke?

Adakah ISLAM menolak POLITIK?
Adakah junjungan tercinta kita NABI MUHAMMAD SAW itu tidak bergelumang dengan POLITIK?
BUKANKAH ISLAM ITU AGAMA YG SYUMULIYAH...yakni LENGKAP dan MELENGKAPI mencakupi aspek rohani, jasmani dan akal.


"Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama. Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.
Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya.
Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama."
 Buat mereka yang MENOLAK POLITIK... SILA2LAH RAJINKAN DIRI KITA BERSAMA UNTUK MELIHAT KEMBALI TENTANG APA ITU ISLAM SEBENAR2NYA.... TELUSURILAH KITA AKAN SIRAH NABI yang wafatnya baginda dengan meninggalkan ISLAM dalam keadaan TERANG BENDERANG LAGI TERBILANG! 

Sesungguhnya apa yang lahir dari tulisan ini sebahagiannya menjadi motivasi buat diri untuk mengukuhkannya dengan mendalami dan mengetahui ISLAM itu secara TOTAL! BUKAN DIAMBIL SECARA JUZUK2... TOTAL!TOTAL TOTAL... bukan TOL! [ada kaitan ke? =) ada kot..hee]

Sebahagian lagi...aku ingin mengajak KALIAN... YA,, KAMU2 SEMUA untuk berFIKIR dan MULA mengambil langkah pertama untuk meneliti TENTANG KESYUMULAN ISLAM ITU SENDIRI DAN KEPENTINGAN KEPIMPINAN dalam menegakkan kembali ISLAM di muka bumi ALLAH ini... 

Untuk yang TIDAK PERNAH MENGENALI ISLAM... BUKALAH HATIMU UNTUK MENGENALI ISLAM INI... Percayalah... kamu tidak akan pernah menyesal untuk mengenali Islam.... Tidak mengapa kalau niat kamu untuk cari kelemahan ISLAM itu... carilah.... moga pencarian kamu tentang Islam bukan terletak pada penganutnya...tapi DIRECT dan TELUS pada AGAMA ISLAM itu sendiri.... Bukalah hatimu, duhai teman.

Sekadar ini sahaja dariku buat kali ini..

Kawan2...teman2... dan SaHabAt2ku.. ku mohon doa dari kalian agar dipermudahkan diri ini untuk menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada Isnin [14/11] depan. =)

Pesanku buat diri dan teman2...Jangan BERHENTI DARI BERFIKIR!




No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.