Bismillahrrahmanirrahim..
Alhamdulillah... baru-baru ni saya dapat pulang ke rumah. Bertemu mak dan abah serta adik merupakan satu sinergi ubat yang mampu merawat kelelahan diri melewati hidup bersendirian. Diri akui, bukan mudah untuk membawa diri sendiri dan membuat tak endah terhadap manusia yang dulu pernah memberi salah satu warna kepada pelangi perSAHABATan diri.
ya Rabbul Izzati..jangan biarkan hatiku gelap tanpa cahayaMu [cdt to: wallpapertrending] |
Sebenarnya diri melakukan ini agar tidak lagi bertambah mendalam luka apabila dilukai lagi nanti. Namun, hakikatnya perkara ini seperti semakin menyakitkan dan memakan jiwa sendiri. Diri bukan manusia yang suka bersendirian walaupun dilihat pada mata manusia seperti YA.
ok, tutup perihal cerita yang mungkin tidak tahu mana noktahnya. [mungkin setelah diri menebarkan sayap terbang dari bumi Seremban~ wallahu'alam]
Minggu ni minggu peperiksaan bagi SKTTJ. Moga aku dapat memafaatkan waktu tanpa RPH~ ini sebaiknya. Memanfaatkan untuk menyudahkan tugasan yang tidak siap2 lagi.
Masa ibarat pedang. Andai kau tidak memotongnya, dia akan memotongmu~
[Bahaya..main pedang-pedang ni.. =) ]
Baiklah setakat sini saja coretan sebelum IFTAR hari ke-15 Ramadhan. Selamat berbuka kepada semua kaum muslimin muslimat yang berpuasa.. Moga kita sentiasa berada dala rahmat ALLAH SWT.
InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?