Bismillahirrahmanirrahim...
Kau bakal bertandang lagi
Seperti tahun-tahun dulu
Tidak pernah tidak
kau hadir
menghibur hati para mukminin
yang rakus dan tamak mencari bekalan
negara akhirat
Itulah sepatutnya yang perlu ada
dalam diri tiap-tiap kita..
berasa tidak pernah cukup atas amalan
yang menjadi bekal untuk kita mengharungi
negara akhirat nanti...
ya Ramadhan
Tuhan kita menganugerahkan
kamu kepada kami
manusia yang penuh alfa
untuk mencari intaian jendela
menghuni syurgawi
namun bisakah aku merebut akan peluang itu?
aku malu untuk menyatakan
kemahuanku padaNya
dalam mahu peroleh
syurga tertinggiNya
lantaran diri menggunung dengan dosa
kanan dan kiri..
ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Namun,
tatkala aku teringat
akan sifatNya yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang..
maka ku sedar bahawa
aku masih punya titi
dalam terus merebut
redhaNya selagi mana
iktikadku, aqidahku
tuju lurus hanya padaNya
ALLAHURABBI!
ya ALLAH,
Kau peliharalah imanku
walau dimana saja diriku berada
samada ku bersama manusia lain
atau bersendiri tanpa teman disisi
hindari daku dari bisikan
yang menjahanamkan daku
ALLAH...kasihanilah aku.
ampunilah aku..
pimpinlah hidupku..
ALLAHU RABBUL IZZATI~
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?