Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, May 26, 2011

Catatan Sepi

Bismillahirrahmanirrahim..

ALLAH...ALLAH..ALLAH...

AlhamduliLlah,akhirnya tamatlah semester 5 bagi diri ini sejurus tamatnya kertas peperiksaan ELE 3110 English for Language Teacher pada jam 11.00pagi tadi. AlhamduliLah, ALLAH permudahkan segala walau ada rasa sedikit ketidaksediaan 100% sewaktu masuk kebilik peperiksaan pagi tadi.

Agak letih namun keinginan untuk menukil sesuatu disini amat tinggi. Terlalu banyak perkara yang mahu diceritakan disini sehingga tidak tahu mahu mula yang mana satu. (mungkin tidak perlu diceritakan semua). Namun, sebagai permulaan cerita; saya ingin menyatakan bahawa..

DUNIA INI HANYALAH SEBUAH JALAN JEM YANG BERGERAK SANGAT PERLAHAN!

Terus terang untuk sekalian kalinya saya menyatakan bahawa keHIDUPan DUNIA ini AMAT MENYESAKKAN! Kalau tidak keadaan sekeliling, maka dirilah antara penyebabnya. Sesak dengan diri? Sesak dengan apa? (Tentang ini biarlah saya soal dan jawab sendiri secara peribadi)

* * * * * * * * * * * * * **  * * * * * * * * * *  * ** * * * * * * * * * *  *
12 Mei 2011. Tarikh yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila (melainkan ditakdirkan ALLAH untuk hilang, siapalah saya untuk menghalang). Sebuah tarikh yang telah dicatat sejak azali akan pemergian seseorang yang amat saya cintai! Seseorang yang beberapa kali pernah muncul dalam entri keHIDUPan ini tatkala rindu amat menjengah! Dia ialah ATOK(nenek) saya. Masakan akan saya lupa dia yang telah menjaga saya sejak saya masih bayi lagi. Apa yang anda lihat pada saya adalah antara air tangan atok saya. Meskipun dia tidak bersekolah tinggi kerana terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya tatkala sang ibu telah pergi menghadap Ilahi; kata-katanya penuh nasihat dan berbaur hikmah. Bukanlah kata-katanya bak gaya seorang ahli falsafah. Namun, apa yang diperkatakannya di masa yang lalu bagai dapat menyinar masuk kedalam hati. Mungkin kerana ikatan hati yang kuat.

Sebelum jenazah diturunkan kedalam liang lahad, saya telah mengusap keningnya yang sejuk. Tiada lagi pelukan hangat dan kucupan mesra yang bakal singgah diwajah saya yang telah saya terima sejak dari kecil tatkala ada bersama-sama atok. Tiada lagi jari-jarinya yang akan masuk diantara celahan jemari saya dan menggenggam erat tangan tatkala bersiar-siar. Teringat suapan terakhir yang saya sendiri minta daripadanya sewaktu saya menziarahinya yang sedang berada di rumah ibu saudara saya. Sengaja saya minta kerana terlalu rindu akan suapannya. Masa itu, dia sudah tidak tahu berkata2 lagi. ALLAHUAKBAR! 

Sudah duhai diri!

Sejujurnya sukar mencari sesuatu perkara atau benda yang tidak dapat tidak untuk saya mengaitkannya dengan arwah atok. Hampir kebanayakan benda dan perkara yang berada disekeliling saya boleh mengingatkan saya pada arwah.

ALLAHUAKBAR!

Itulah lumrah hidup yang telah ditetapkan ALLAH swt. Setiap yang HIDUP PASTI MERASAKAN MATI. Diri yang sedang menaip ini juga bakal pergi suatu masa nanti.. Namun bila waktunya,hanya DIA yang tahu. Satu masa dulu pernah mengharapkan agar DIA menjemputku lebih awal. AstaghfiruLlah, setelah terbaca beberapa artikel yang berkaitan dengan apa yang saya harapkan; maka apa yang dapat saya pohon iala "Ya ALLAH, hidupkanlah diriku selagi mana kehidupan itu baik untukku". Juga, terdapat beberapa perkara yang telah membuat saya sedar akan tujuan keberadaan saya di'sini'. Bukan dulu tidak sedar, namun setelah jalan-jalan terbaik didunia ini terbuka luas dihadapan; semangat saya bertambah kerana mahu melalui jalan itu. 

ALHAMDULILLAH.
(walaubagaimanapun,bukan mudah untuk melalui jalan itu. namun, andai ikhlas menyelimuti hati maka (insyaALLAH) penghujungnya sukar digambar akan keMANISannya.)

"Aezza, kau kuat"
"Hah? Tak faham."
"Tak, itu satu penyataan dari aku. Aku kata, kau kuat!"

Aku terdiam. Tidak tahu sama ada mahu mengiyakan atau menidakkan. Tiada sesiapa yang tahu tentang bagaimana 'Aezza' sebenarnya.  Namun, suka untuk aku menekankan tentang satu hal. Segala-galanya dari ALLAH! Tiap makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, O2 dan segala macam di alam ini baik nampak atau tidak termasuk sebuah kejayaaan, kegagalan dan seumpamanya adalah milik ALLAH! 

Rasanya cukuplah sampai sini penulisanku buat entri kali ini. Maaf andai rasa tergantung atau tidak sampai lagi apa yang mahu ku katakan. Apa-apa pun ingatlah sebab dan tugas kita diwujudkan di 'sini'. 

'AbdiLlah... KhalifatuLlah.. Daie ilaLlah...


 Bila bicara tentang da'ie, diri terus menaip da'ie ilaLlah... dan hasilnya ku terjumpa sebuah lagu...Buat para da'ie di luar sana, ada lagu ingatan bersama..(aku masih belajar..akan terus belajar..tidak akan berhenti belajar (insyaALLAH).

<a href="http://www.4shared.com/audio/cYABQzpw/Salam_Simpati.html" target=_blank>Salam Simpati.MP3</a>


Lagu: Salam Simpati
Penasyid: Budi Murni

Hulurkanlah salam simpati
Buat mereka yang masih mencari
Jauh dari redho Ilahi
semoga kan terbuka hati (chorus)

Tunjukanlah jalan Tuhanmu
Jelaskanlah yang dikaburi
Meskipun kita dipandang sepi
Hidayah ditangan Ilahi (chorus)

Sedarlah saudara...
Amanah Allah yang terpikul dibahu kita
Jangan dibiarkan, mereka hilang
tenggelam dalam kesesatan

apalah dirimu
banding mereka
hidup dalam dunia x2

Yakinlah saudara..
Bantuan Allah,
bersama jalan jihad kita,
Marilah bersama membina jiwa
Kehalusan budi usah dilupa

Elokkan akhlakmu,
Ukhuwah itu,
datanglah kawan yang membantu x2

Robohkanlah dinding pemisah,
segera eratkan hubungan
Hamparkan contoh
akhlak mulia

moga islam jadi pilihan x2


No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.