Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, April 2, 2011

Sesak Dengan...

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak kebelakangan ini, rasa sangat mahu menaip sesuatu di dalam keHIDUPan ini. Macam banyak perkara yang mahu dicoretkan. Namun, sesampainya disini, niat itu dibatalkan.Tidak tahu sebab apa. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang mahu dimuntahkan disini sampai tidak tahu mahu memuntahkan yang mana satu. Khuatir juga apa yang disampaikan ini membawa keburukan yang tidak disangka-sangka. Hal ini kerana, aku ini bukanlah manusia yang punya banyak ilmu untuk dikongsi bersama.

Terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu, Semakin hari semakin buntu dan semakin tidak tahu akan sesuatu hal itu.

Ada satu perkara yang aku rasa sangat mahu dituliskan pada waktu ini. Tentang hidup seorang guru. Sejelasnya, aku belum lagi mendapat takhta mulia dalam dinobatkan sebagai guru secara rasminya dan juga belum merasai akan kehidupan sebagai seorang guru dengan sepenuhnya. Namun, keseronokan dalam bidang ini sudah bertambah, dari hari ke hari sejak aku mula masuk sesi praktikum.

Aku bukanlah yang terbaik di dalam kampusku. Namun, tetap juga ada dalam hati mahu buat yang terbaik dalam tugasan dan tanggungjawab yang diberi kepada diri walaupun ada ketika selalu juga gagal dalam melaksanakannya.

Entah kenapa terngiang-ngiang dalam benak kepalaku tentang kisah benar dari kampusku sendiri yang diceritakan oleh seorang teman(dah lupa siapa) tentang beberapa org guru pelatih yang sibuk menyatakan tentang HAK DIRINYA!

HAK DIRI.. Apa itu hak diri? Salah ke kalau kita menegakkan hak diri kita?

Aku terfikir,... sebenarnya budak tu tahu ke apa sebenarnya maksud 'HAK DIRI' yang sebenar yang patut ditegakkan..? Apakah dengan melanggar hukum ALLAH, dan juga apabila ada orang yang cuba melakukan sesuatu dengan menggariskan panduan dan meletakkan halangan untuk dia mengulangi perbuatan tersebut; dikira sebagai suatu perkara yang dikira sebagai menodai HAK DIRI seseorang?

OK.Berhenti disini.

ALLAH..
sesak jiwaku
dalam keHIDUPan dunia ini
terkadang bukan kerana sesiapa
atau apa
tetapi
kerana diri sendiri..

Diri penuh dosa
kejahilan
yang amat
astaghfiruLlah

aku terlalu hina
aku belum mampu
jadi hambaMu
yang benar-benar
gagah menjual diri
dalam perjuangan agama
yang suci

diriku serba dhaif
dengan segala perkara yang baik
segala perkara yang ku lakukan
terasa kehinaan yang amat
apabila kebenaran itu tidak dapat ku lafazkan
rasa marah yg amat dengan diri
benci amat!
kerna aku terasa seperti tidak berguna
dalam laluan perjuangan yang terbentang
ku sendiri keliru
dan buntu dalam menelusurinya

ALLAHUAKBAR!
Maafkanku.
CintaMu terlalu
payah untuk ku gapai
walaupun sebesar zarah..
ALLAH..ALLAH..ALLAH


No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.