Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, October 19, 2010

Cinta IMAN..


Bismillahirrahmanirrahim...

Sedap roti planta tambah kaya ni.. hehe..selingan sebagai seti induksi pada entri kali ini. betapa sedapnya roti planta tambah kaya ini sedap lagi cinta yang bertakhta dan melayang dalam hati. Betul tak? hehe.. bab cinta la pula..

ye...kali ini saya mahu masuk bab CINTA... *fuh.. huruf bosar semuanya!*

CINTA ..L.oVE.. Ai..sARangnam.. dan macam-macam lagi yang ada boleh dapati daripada pakcik google merupakan satu nikmat yang ALLAH lahirkan dalam setiap makhlukNya. Cinta ayah bonda pada anak-anaknya, cinta kita pada sahabat, cinta kita pada artis kegilaan, cinta kita kepada kasih kekasih..(teringat pula lagu In-Team). dan sebagainya yang man
a kalau kita nak senaraikan, fuh, banyak kot.

Dalam banyak-banyak cinta, cinta yang mana rasanya tidak akan pernah mati?

Hah, pada si dia?

hehe..saya rasa tuan puan cik dato nenek opah onyang pasti akan kata, "budak ni mesti nak kata; cinta ALLAH."

Ya, memang benar. Itulah jawapan yang saya mahu nyatakan.

CINTA ALLAH..CINTA ILAHI KEKAL ABADI.

Namun, sebenarnya fokus entri saya kali ini bukanlah berkisar 100% tentang cinta yang diidamkan oleh para mukminin itu. Namun lebih kepada sebuah tanda tanya yang melanda orang yang 'bercinta atas dasar keimanan'. (Fuh, apakah yang budak ini merepek?)

hehe..merepek.. m..sukahatilah mahu fikir apa..

m...cinta berdasarkan keimanan? ada ke?? apa maksudnya?

m...saya maksudkan di sini ialah cinta yang dijalinkan atas dasar mahu salin
g mengingati antara satu sama lain dalam ketaatan. bagaimana tu? m.. maksudnya, mereka mengatakan bahawa mereka ni bercinta tapi tak mahu keluar bersama, mesej pun mesej tanya dah solat ke belum, kejutkan bangun tahajud dan sewaktu dengannya. (diingatkan disini bahawa cinta yang saya keutarakan bukanlah cinta antara pasangan suami isteri ye)

(ya ALLAH, moga tidak berulang)

m... kawan2, berhentilah daripada melakonkan skrip basi itu!

sedarlah kawan2 akan kelicikan nafsu yang berdalangkan syaitan bertanduk senget tu yang berada dalam hatimu dan hatiku. (rasa macam mahu lancarkan serangan bom ke dalam hati!) bermacam cara yang dilakukan bagi menghalalkan segala macam kepelikan 'kesakitan' hati. Ya, ku katakan hati yang sebegitu ialah antara hati-hati yang sakit.

(Ya ALLAH, peliharalah hatiku daripada penyakit-penyakit itu.)

Tolonglah ubatinya segera! ku tahu amat payah! Mari sama mujahadah kawan2! angkat senjata iman dan lawanlah ia! Jangan sesekali kau libatkan sekali senjatamu dalam skrip lakonan basi itu. Tiadanya kekentalan iman atau bertambah imanmu andai cinta dia bergelumang dalam diri! dalam hatimu! (ALLAH, ku ingin ingatkan diri juga)

m...setakat ini saja entri pada kali ini. Sebenarnya, banyak yang mahu ku tulis. Tapi, nantilah sikit2 dulu ya. (macam ada yang baca tulisan kau.. perasan2! hehe) Mahu tidur dalam 5-7 mini (insya ALLAH) sebelum ke kelas PJ.

Jadi kawan2, mari tajdid iman kita! Mari angkat iman yang benar! (ALLAH, tunjukkanlah kami jalannya..amiiin)



p/s: cinta kepada Rasul membawa cinta kepada ALLAH.. (ingatkan diri ni.... huhu..ingat! Aezza Ingat!) Onion Icons

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.