Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, October 19, 2010

CIKGU!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

ALLAH..ALLAH...ALLAH... hati jadi merudum,, rasa kecewa rasa sedih dengan situasi yang tak tersangka makin menjadi-jadi. Ku kira keadaan di maktab ni tidaklah melibatkan hal-hal yang pelik yang pernah ku dengar semasa di matrik dulu. Namun rupanya ada.

CIKGU! CIKGU! CIKGU!

Duhai cikgu2 sekalian.. Tolonglah..tolonglah ubah sikapmu yang bakal merosakkan anak bangsa. Nasihat ini ku tujukan juga pada diri yang serba kekurangan ini. CIKGU!

Betapa bernilainya..bermaknanya ungkapan atau panggilan cikgu itu. Meskipun aku tidak lagi memulakan sesi praktikumku, namun telah dapat kurasakan betapa besar pengharapan seorang anak murid terhadap CIKGU! Terutama tatkala cita2 masih membara dalam hati mereka. Mereka yang masih berada dialam sekolah rendah. Ya, mungkin saja sekarang ini ramai yang kat; adakah murid2 yang bercita2 tinggi. apa yang dilihat hanyalah masalah demi masalah yang diberi.

CIKGU.. itulah tugasmu. Bimbinglah mereka. Tunjukkanlah mereka mana hala tuju yang benar. Mereka bisa saja punya masalah sendiri. Maka bantulah mereka.

TAPI CIKGU... KAU RASA KAU BOLEH KE BANTU MEREKA?????????

LIHAT DIRI KAU SEKARANG!

LIHAT CARAMU BAWA DIRI!

LAYAKKAH KAU DIGELAR CIKGU!

DENGAN CARA PAKAIANMU.. TUTUR BICARAMU... GERAK LAKUMU.. APAKAH BERMAKNA DAN BERMANFAAT UNTUK MEREKA KELAK.

ANDAI KAU TIDAK BERUBAH DARI SEKARANG, BILA LAGI????

KAU INGAT KAU BOLEH BERUBAH DALAM SEKELIP MASA. KAU INGAT KAU BOLEH BERUBAH HANYA BILA SESI PRAKTIKUM MENJELANG?????

SEDARLAH CIKGU! SEDAR!!!!

Airmata tidak dapat dibendung lagi. Tolonglah cikgu jangan kau mengikut kata hatimu yang palsu itu. Kau perlu sedar. Kau bakal menjadi guru. Cikgu. Bagaimana kau boleh lakukan semua kepelikan tingkahlaku dan akhlak bagi seorang guru? Seandainya kau masuk kedalam maktab (IPG) semata-mata menuruti kata ibu bapa mu atau kau fikir bahawa hanya menjadi guru dapat menjamin masa depan; maka tukarlah persepsi atau niatmu mulai hari ini. Tukar lah sedikit demi sedikit. Ku tahu tak ramai yang boleh berubah sekelip mata. Perbetulkan lah semula tekadmu di sini. TOLONG! TOLONG JANGAN MUSNAHKAN GENERASI MENDATANG!

Segala yang diatas juga adalah peringatan untuk diriku juga yang bakal dikelilingi anak-anak yang penuh dengan impian!

1 comment:

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.