Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, September 7, 2010

Cikgu Oh Cikgu

Bismillahirrahmanirrahim..

AlhamdulilLah, pada Jumaat yang lepas aku telah menyudahkan PBS ku untuk kali yang terakhir. Ya, yang terakhir. Mulai tahun hadapan, insyaALLAH aku akan mula masuk ke sekolah sebagai guru praktikum. Berdebar dan rasa gementar juga aku bila memikirkannya. Bidang perguruan yang makin mencabar dari hari ke hari. 4 PBS yang ku lalui banyak mengajarku tentang kehidupan di sekolah. Bermacam ragam dan karenah yang bukan sahaja datang daripada para pelajar malahan juga pihak pentadbir dan tidak kurang hebatnya ibu bapa pelajar. Namun, harus ku akui; masih banyak lagi perkara yang tidak dapat ku lihat berikutan sekolah yan ku hadiri hanyalah berada dalam kawasan bandar (Klang) sahaja.

Pagi ini teringat aku akan dialog yang berlaku antara aku dengan seorang kaunselor di sekolah PBS keempatku ini. Sebenarnya kehadiranku ke bilik kaunseling hanyalah mahu berjumpa dan berbual mesra dengan seorang kaunselor lain yang mengajakku ke bilik tersebut sejak dari hari pertama lagi. (Semestinya kaunselor yang mengajak ini ialah wanita, ok. ^_^) Aku gelarkan kaunselor yang seorang lagi dengan huruf B saja. (sebab huruf 'A' tu untuk aku je...)

Kaunselor B ini pada mulanya terkejut juga melihat adanya tetamu yang hadir dalam bilik kaunselingnya. Selepas ditanya kepada kaunselor yang seorang lagi, maka tahulah dia bahawa aku guru PBS. (pendekkan cerita saja lah) Ok. Poin sebenar yang nak aku cerita ialah kaunselor B ni dia terkejut dengan tempoh masa yang lama bagi program yang sedang aku laui sekarang ini. (PISMP-Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan). Semestinya aku sudah biasa dengan respon yang diberi. Respon yang aku terima sejak aku masuk ke dalam IPG. OK. Terima saja respon kaunselor B tu. Selain memeberi respon tu, dia juga 'sebenarnya' pada pandangan ku turut mencabar program ini. Dia mahu lihat sejauh mana 'kehebatan' cikgu-cikgu yang menjalani program seperti seorang doktor.

Satu perkara lagi. (hal ini kot yang membuatkan aku agak terasa, tapi masih lagi dapat menceriakan diri dalam waktu itu) Setelah kaunselor ini tahu serba sedikit latar belakang pendidikan aku (terpaksa beritahu kerana ditanya), dia kata kepada aku, "Kenapa kau jadi cikgu? Aku peliklah. Kau ni tak patut jadi cikgu. Tempat kau bukan sini. Orang yang macam aku..kami ni.. yang tak masuk asrama penuh, yang patut ada disini. Tempat kau kat tu..U." (lebih kurang begini lah ayatnya. Tak perlulah aku menyambungkan ayat-ayatnya yang lain tu) Satu persoalan besar timbul. Pelajar berasrama penuh tak boleh ke jadi cikgu?

Dahlah, aku tak mahu memanjangkan penulisan aku tentang perkara diatas. Aku juga tidaklah terlalu menyalahkan kaunselor B atas kata-katanya kerana dia sememangnya tidak tahu perjalanan hidupku sebenarnya.

Apa-apa pun aku tertarik dengan kata-katanya yang ini,"Aku pelik dengan cikgu sekolah ini." "Pelik?" "Yalah, bila masuk kelas, diorang ajar budak-budak perkara yang baik-baik. Tapi bila keluar kelas, mengata orang, dengkilah...(etc.)" Aduyai. Encik B. Encik B. Tak kanlah seorang guru tu nak ajar benda-benda tak elok pula kat murid-muridnya. Walaubagaimanapun, aku tidak terus juga menolak ayat encik B tadi. Ya, sepatutnya seorang guru harus bersifat dengan sifat-sifat yang baik, yang dapat menjadi contoh ikutan kepada murid-muridnya. Namun, lumrah kehidupan, tak semua manusia dalam muka bumi ini murni, baik dan sebagainya yang positif. Andai semua manusia baik tanpa terselit keburukan maka aman permailah muka bumi ini daripada jenayah atau gejala tidak sihat yang makin menjadi-menjadi kebelakangan ini.
(rasanya tak semua guru seperti yang diperkatakan oleh encik B kan.. Yelah, ibarat nila setitik rosak susu sebelanga)

Aku mahu jadi guru yang dapat mendidik anak-anak murid sebaik mungkin. Moga dengan didikanku kelak dapat membantu mereka mendapat kejayaan dunia akhirat..AMIINN~ ALLAHUAKBAR!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * *

Ya ALLAH...hari ini sudah melangkah ke angka 28 dalam bulan Ramadhan. Tinggal 2/3 hari lagi sebelum Ramadhan ini berlalu pergi sekali lagi.. Ya ALLAH..sampaikanlah aku hingga ke hari akhirnya. Ya ALLAH... Kau ampunilah dosa-dosa kami ya ALLAH..Jauhkanlah kami daripada azab neraka Mu..Ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.