Bismillahirrahmanirrahim. Sajak dibawah ku ambil daripada halaman halaqah.net. Mahu menjadikannya sebagai ingatan untuk diri juga sahabat-sahabat yang lain.
Berbaik Sangka
Manusia hari ini suka
bersangka-sangka
ada sangkaan baik
ada sangkaan buruk
orang beribadah disangka riak
orang yang relax, disangka malas
orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk
orang yang baju buruk
disangka zuhud(hina)
orang yang makan banyak disangka pelahap
orang yang makan sikit disangka kedekut
orang yang baik disangka buruk
orang buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang yang masam disangka merajuk
orang bermuzakrah disangka mengumpat
orang yang diam disangka sombong
orang yang menawan disangka pakai susuk
orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada ALLAH
mana tahu yang senyum itu kerana bersedeqah
mana tahu yang masam itu
kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu
kerana cergas cerdasnya
jauhi sikap suka bersangka-sangka
keran ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api
satu benda yang kita lihat
macam-macam kesimpulan
yang boleh kita buat
semuanya bergantung
bagaimana kita melihatnya
"tegakkan ISLAM dalam diri kamu...nescaya ISLAM akan tertegak diatas muka bumi kamu"
~Imam Al-syahid Hassan Al-Banna~
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?