Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, June 11, 2010

Ketawa...Kah..kah..kah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini entriku berkisar tentang KETAWA. Siapa suka ketawa? Angkat hidung! (^____^) Saya pun suka juga ketawa. Kadang-kadang ketawa ini boleh mengurangkan serba sedikit rasa stress. Walau apa pun, setiap perbuatan dan tingkahlaku kita perlulah bersederhana kan..? Di bawah ini, amat suka untuk saya kongsikan sedikit bahan bacaan yang ada dalam perpustakaan L.A. saya ni. Jom baca!

Onion Icon

Apakah takrif bersuka-suka dan bilakah kita patut ketawa?
Apakah ketawa itu ada hadnya??

ULAMANYA : Syeikh yusuf al-Qaradawi

ISLAM agama yang praktik, yang tidak megapung dalam suasana cita-cita yang dikhayalkan melainkan bertapak pada manusia dan pada asas yang nyata serta kehidupan sehari-harian. Islam tidak menganggap manusia sebagai malaikat melainkan menerima mereka sebagai manusia yang makan dan berjalan di pasar. Islam tidak menuntut agar orang Islam hanya bercakap tentang yang alim-alim, bahawa diamnya hendaklah diam bermunajat, bahawa mereka jangan mendengar apa-apa yang lain daripada mendengar bacaan al-Quran, tidak juga mereka itu dikehendaki menghabiskan seluruh waktu lapangnya di masjid. Sebaliknya Islam mengaku bahwa Allah mencipta manusia dengan mempunyai keperluan dan nafsu. Jadi, oleh sebab mereka perlu makan dan minum, maka mereka juga perlu bersenang-senang dan menghiburkan diri.

Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama terkenal, berkata:
Ketawa atau perasaan riang merupakan sebahagian perasaan naluriah yang ada pada manusia dan Islam, kerana berupa agama yang menyerukan manusia kepada fenomena tauhid alamiah, tidaklah akan mengharamkan manusia daripada melahirkan perasaan naluriahnya. Sebaliknya Islam menyambut baik rasa senang.

Orang Islam hendaklah mengembangkan peribadi yang positif lagi optimistik, bukannya peribadi yang muram dan pesimistik yang bersifat negatif terhadap kehidupan.

Kita hendaklah mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hal ini. Meskipun tanggungjawabnya sangat besar namun baginda mempunyai waktu untuk berseloroh; akan tetapi baginda tidak pernah berbohong ketika berseloroh. Ada banyak kali apabila Rasulullah s.a.w turut sama bergembira dengan para sahabat; baginda akan berseloroh dengan mereka dan bersuka-suka. Tetapi kalau baginda sama-sama bergembira bersama mereka, maka baginda juga sama-sama menanggung kesedihan mereka.

HAD HUKUM UNTUK KETAWA DAN BERSUKA-SUKA
Setelah diberi keterangan tentang ketawa dan besuka-suka, maka nyatalah bahawa islam tidak melarang ketawa sebab ketawa merupakan bahagian yang biasa pada sifat manusia. Ali bin Abi Talib .a berkata, ‘Rehatkan jantungmu sekali sekala kerana jantung itu akan roboh disebabkan oleh tekanan yang melampau-lampau.’

Dan Abu Ad-darda’ .a berkata ‘Saya biasanya menghiburkan hati saya sendiri dengan semacam kegembiraan untuk dapat mencari kekuatan menegakkan keadilan.’

Ketawa dan berseronok-seronok mempunyai hadnya :
1.Untuk bersuka-suka dan bergembira dengan sahabat handai, maka kita janganlah melampau-lampau sampai berbohong misalnya, melakukan senda gurau pada Hari ‘April fool’. Rasulullah biasanya berjenaka, tetapi baginda tidak berjenaka dengan berkata berbohong.


2.Berjenaka hendaknya jangan menjejaskan maruah dan kehormatan orang. Rasulullah bersabda, ‘Setiap orang Islam hendaknya jangan mempermain-mainkan saudaranya.’ – Dirawikan oleh Muslim.


3.Berjenaka hendaknya jangan menyebabkan orang jadi takut atau kengerian, sebab rasulullah s.a.w bersabda, ‘Tidaklah boleh bagi siapa jua menakut-nakutkan seorang Islam.’


4.Berdasarkan kata-kata hikmat yang masyhur: ‘Untuk setiap keadaan ada masanya yang sesuai dan waktu yang wajar untuk setiap ucapan’,maka kita janganlah berseloroh apabila orang sedang dirundung kesedihan ataupun apabila keadaan memerlukan ketenangan. Itulah sebabnya Allah menegur dengan keras orang musyrik yang ketawa apabila mereka mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Perkara ini dibutikan oleh Allah dengan firman-Nya: Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu dan takut akan balasan buruk yang akan menimpa kamu?)


p/s: Tiba-tiba teringat akan akhlak Rasullullah S.A.W. Baginda tidak pernah ketawa berdekah-dekah (tak macam kita sekarang ni. Siap menepuk-nepuk lantai lagi akibat ketawa tahap 'dewa' Onion Emoticons). Paling tidak pun baginda hanya menguntumkan sebuah senyuman yang manis dalam menunjukkan kegembiraan hatinya. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.