Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, June 7, 2010

Imbasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Putar Alam

Alhamdulillah..berakhir sudah Hari Terbuka di institut kesayanganku. Ya, benci tapi sudah pun berakhir.

ALLAH..ampunilah salah silap kami.

Melalui program ini, buat kali pertama dengan sejelas-jelasnya aku mengenali manusia yang sanggup buat apa saja untuk menaikkan namanya. Seorang yang PUTAR ALAM! Seorang yang suka merubah sesuatu perkara dalam sekelip mata tanpa ada perbincangan yang jelas. Pertukaran yang menyebabkan kebencian orang lain. Entah apa saja yang dia fikirkan. (Ya lah..seperti kata dia.. "Saya ini seorang yang suka berfikir." Aku pun suka berfikir. Nampaknya hobi kita sama. Walaubagaimanapun, kita tetap berbeza!

Terus terang, aku sudah tidak mahu lagi bekerja di bawahnya. Tapi, aku kasihan kan sahabatku. Aku tahu, aku tidaklah penting mana sebenarnya. Namun, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang sahabatku yang merupakan 'orang kuat' manusia PUTAR ALAM(secara terpaksa) tu menyebabkan aku akan terus berada membantu dalam program pada semester akan datang. Ya ALLAH..Kau kurniakanlah kami taufik hidayahMu.

Entahlah..kalau ikut hati..banyak lagi aku nak tulis tentang manusia PUTAR ALAM ini! SABAR Aezza. Kau pun ada banyak kelemahan yang patut kau tangani sebaiknya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Peperiksaan

Ya, semua kertas peperiksaan telah tamat. Syukur. Cuma ada rasa bimbang terutama kertas Fizik. Moga diriku serta sobat lain lulus cemerlang.. amiin.

"Bismillahitawakkaltu'alallah"


Setiap airmataku mengalir...

Sekali lagi airmata gugur untuk sebuah kisah persahabatan. Namun, ku bersyukur kerana pengakhirannya tidak berakhir dengan jalan yang pilu. Banyak salah silap yang telah ku lakukan. Maafkan ku teman. Aku tahu parut tersebut masih ada. Namun, ku harap ianya akan sembuh dalam peredaran masa yang ALLAH izinkan. Sudahlah.. Tidak mahu mengingati lagi hari-hari itu.

Ku perlu fokus pada laluan ini. Perlu ikhlas. Aduhai... teringat sebaris ayat yang pernah ku baca dalam "Ihya Ulumuddin".

"Ikhlas itu umpama seekor semut hitam diatas sebuah batu hitam di waktu malam"

Moga ALLAH mengurniakan aku akan keikhlasan dalam setiap yang ku lakukan. Ya, ku sedar. Setiap apa yang ALLAH beri pada kita ada hikmahnya. Suasana atau keadaan yang sedang ku lalui saat ini mungkin juga sebagai persediaanku untuk menghadapi sesuatu yang lebih besar lagi di masa hadapan. Tidak kira suasana itu aku suka atau benci, pasti ada musababnya untuk ianya berlaku. ALLAH itu Maha Teliti dan Halus.. Andai kita ingin merancang sesuatu, Dia juga ada perancangan untuk kita.

Maaf andai tiada yang faham apa yang inginku sampaikan. Apa-pun, keHIDUPan adalah tempat ku menceritakan apa yang sukar untuk aku katakan secara lisan kepada orang lain. Rasanya yang sudah kenali aku pasti tahu caraku berkata-kata. (^_^) Perlu beri lebih perhatian,bukan?

Itu sahaja buat entri kali ini. Harapnya diri ini, rajin-rajin buka buku ya. Uit, jangan malas-malas! (Tiba-tiba sukar menolak game yang dibawa oleh Angah)

W'salam...

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.