Sebenarnya dah lama aku nak tulis tentang ini. Aku hanya nak tulis yang aku ni hanyalah manusia biasa. Manusia yang terlalu cetek ilmunya, masih banyak yang perlu ku tahu mengenai agamaku sendiri. Segala apa yang aku coret dalam blog ini sekadar luahan kehidupan jua perkongsiaan apa yang aku suka termasuk tidak ku suka. Harapnya dalam diriku ini tiada niat lain melainkan sekadar ingin berkongsi.
keHIDUPan juga sebagai muhasabah untuk diri aku yang selalu.......lupa dan leka. herm..
Aku ni bukan baik sangat. Aku bukan ustazah atau manusia yang tak pernah buat dosa. Siapa yang tak pernah buat dosa? Angkat hidung!
Banyak karat-karat hati yang perlu dibuang dan digilap. Bantulah aku sobat sekalian.
Aku menulis kerana lidahku tidak pandai untuk berbicara isi hati. Khuatir lidah ini menyakitkan lagi hati-hati lain yang sedia sakit. Maafkan aku.
Itu sahaja buat ketika ini. W'salam~
p/s: ya ALLAH..Jauhkanlah kami dari sifat munafik lagi fasiq.. Amiin ya Rabb..
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?