Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Sunday, March 14, 2010

FCR Menyedarkanku

Ku ingin terus menulis pada hari ini. Dengan izin ALLAH, jari jemariku ligat menari atas papan kekunci Laduni Asrarku.

Kali ini aku ingin berkongsi perihal satu program yang aku sertai sebelum hari aku memulakan program PBSku. Program itu diberi nama FCR atau dikenali sebagai Friendly Comparative Religion. Diadakan di INTI University College pada 6 hingga 7 Mac lalu. Rombongan daripada tempat belajarku menginap di sana untuk satu malam. Haha. Dapat merasa tidur dalam uni swasta.

Alhamdulillah~ Ku peroleh banyak input yang bermanfaat untuk diri. Banyak persoalan yang dirungkai dan dijelaskan sebaiknya kepada kami sehingga menyebabkanku bertambah-tambah yakin akan agama yang ku anuti, ISLAM. ISLAM is too BEAUTIFUL. Believe me.

Dalam program ini aku didedahkan perihal pelbagai kefahaman mengenai pelbagai agama termasuk pendedahan buat diriku akan kepentingan dakwah itu sendiri. Alhamdulillah. Di bawah ini akan ku tulis serba sedikit info yang aku tahu mengenai agama Kristian, Hindu dan Buddha.

Kristian
- ianya bukan agama yang dibawa oleh manusia yang bernama Jesus Chris tetapi paderi yang bernama Paul
- dapat dibahagikan kepada beberapa cabang. Katolik, Ortodok, Protestan... (Antara yang sempat sy tulis)
- Terdapat beberapa penerangan dalam mengenali seseorang Kristian itu dalam aliran mana.
  • Yang ada guna perkataan St (saint) tu seperti contoh St John, itu adalah Katolik.
  • Seandainya ada ayat2 moto seperti 'Assembly of God' yang tu Protestan
  • Manakala gereja yang ada tanda salib yang besar, yang itu Katolik gak.
  • 'church' bermaksud jemaah
  • bible --> biblios --> biblia = himpunan buku
  • bible bukan injil
Buddha
- terbahagi kepada Buddhism, Confuciusim & Taoism
- perayaan bagi masyarakat Cina
  • Chinese New Year
  • Chap Goh Mei (like Valetine Day)
  • Mooncake Festival : berkaitan kebudayaan bukan perayaan agama.
  • Qing Ming (hari membersihkan kubur)
  • Hungry Ghost Festival
Hindu
-antara kitabkitab utama. veda, upanishad, ramayana dbl
- konsep ajaran, Trimurthi (Brahma, Vishnu & Shiva)
Bermacam lagi input yang saya peroleh. Nanti saya tulis dientri lain.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...