Bismillahirrahmanirrahim..
Ya ALLAH..aku baru sahaja mengetahui berita perihal pemergian seorang kawan yang sudah lama tidak kutemui. Mohd Hafiz Bin Abas. Aku masih dapat membayangkan wajahnya semasa sekolah rendah dahulu. Seorang yang pendiam namun tetap juga ada kenakalan seorang budak-budak. Ya, aku pernah terserempak dengannya beberapa tahun dulu. Namun aku segan nak tegur sebab kami tidaklah rapat mana. Kau tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-hambaMu yang soleh. Al-Fatihah.
Betapa kematian tidak mengenal sesiapa. Ia menuruti segala qada' yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Tatkala sampainya tempoh kematian, maka gugurlah sehelai daun nama kita yang akan disambut oleh malaikat maut. ALLAH..
Betapa kematian itu pedih namun itulah pintu utama menujuMu.
Ya ALLAH.. Kau ringan dan permudahkanlah kami melaluinya.
Tiba-tiba, ku mengingati kisah pemergian kekasihMu. Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah, gerunku untuk menghadapinya tatkala kekasihMu jua merasai kepedihan sakaratulmaut itu. ALLAH. Kisah ini juga mengingatkan aku akan kasih dan sayang baginda terhadap umatnya.
"Ummati..Ummati...Ummati"
ku merinduimu..ya Rasullullah..
namun aku selalu alfa dengan hidup ini.. bagaimanakah caranya untukku bertemumu?
menjadi ummatmu yang selayaknya kau kasihi..
Ya ALLAH..tunjukkanlah kami.. hamba-hambaMu yang hina..jalan yang lurus ..jalan yang Kau redhai.
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?