Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, March 18, 2010

Apalah nak jadi dengan aku?

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiba-tiba petang ini aku ingin nukilkan perjalanan (yang belum lagi tamat) dalam menguruskan sebuah kertas kerja. Mungkin juga kerana ini adalah kali pertamanya aku antara orang yang sepenuhnya bertanggungjawab atas kertas kerja ini.

Saya akui salah saya juga kerana tidak memberitahu ketua lajnah saya tentang kertas kerja yang telah saya usahakan hasil perbincangan dengan beberapa orang muslimah. Pelbagai sebab yang menjadi titik tolak sikap saya ketika itu. Paling utama berkisar dengan sikap dia (ketua lajnah) yang saya tidak senangi. Dah lama kenal dengan manusia itu. Sejak program pra lagi. Tidak perlulah menyenaraikan apa yang tidak aku senangi tentang dia kerana aku pun memiliki terlalu banyak kekurangan dalam diri.

Cuma saya sedih kerana amat sukar untuk mendapat kerjasama daripada pihak muslimin untuk bersama-sama menjayakan program yang dirancang. Tak tahu apakah punca utama mereka bersikap sedemikian. Seperti endah tak endah. Bukan saya saja yang merasai semua ini, malah para muslimah yang lain juga turut rasa. Bila mahu diajak berbincang ada saja dalihnya. Bukannya kita hendak berbincang 'berdua-duaan' malah ramai yang mahu turut serta menyertai perbincangan tersebut. Takut berjumpakah?

(Terselit dalam hati yang jahat..---> alahai..terasa pula perbezaan karakter manusia ketika berada di dalam dan luar surau. ----> mengata diri juga sebenarnya)

Sekarang, bila kita tidak libatkan dia dari mula.. Lihat, bertambah-tambahlah ketidakpeduliaan mereka. Tapi alhamdulillah, nasib baik tidak berlaku pada urusan yang sedang kami usahakan sekarang. Kebetulan tadi semasa membuka blog-blog manusia lain yang penuh ilmu saya terjumpa satu artikel menarik yang aya rasa sesuai untuk entri pada kali ini. Jom kita baca.

(alamak..tak boleh copy pula. Maaf nek. Cucu cuma mahu meletakkan sedikit ilmu dalam blog cucu yang entah apa-apa ini. Memang cucu akan link kan blog nenek dengan entri ni. Tapi dah nenek tak bagi. Tak pelah..T_T)

Silalah melawati link ni ye.. TARBIYAH ILAHI..

Sekadar ingatan diri ini yang selalu lupa juga..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.