Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, October 26, 2009

'Syabab Musafir Kasih'

Assalamualaikum..
Hari ini hari Isnin dan aku masih berada di rumah abah dan mak. blogger-emoticon.blogspot.com Hari ini kampus aku diberi cuti bersempena dengan pertabalan Yamtuan Negeri Sembilan yang baru. Walaubagaimanapun, cutinya hari sahaja sebab esok akan bermula kembali sesi kuliah. Petang nanti perlu naik bas nak balik ke Seremban.

Alhamdulillah..

Habis juga pembacaanku dengan sebuah novel karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang bertajuk 'Syabab Musafir Kasih'. Sejujurnya aku ni bukanlah 'kaki novel'. Oleh sebab itulah untuk novel yang hanya memiliki 361 mukasurat, aku mengambil masa lebih daripada seminggu.

'Syabab Musafir Kasih' benar-benar dapat menyuntik semangat untuk memajukan diri. Pada permulaan cerita aku sangat kasihan dengan kehidupan si anak kecil yang begitu terumbang-ambing tanpa ayah yang sudah meninggal dunia, ibu yang bertungkus lumus menyara hidup mereka anak beranak serta abang dan kakak yang langsung tiada rasa tanggungjawab. Namun, akhirnya dia telah menjadi seorang pemuda yang disenangi atas agama, akhlak serta kekentalan jiwa yang ada padanya. Bahagian akhir cerita merupakan antara bahagian yang agak memeranjatkan mengenai keputusan yang diambil oleh Syabab (watak utama) dalam memilih pasangan hidupnya. (kalau nak tahu, apa yang berlaku.. pergilah baca) blogger-emoticon.blogspot.com
Seperti dalam novelnya 'Tautan Hati' sebelum ini, banyak ilmu yang dapat kukutip daripada novel keduanya ini. Tahniah buat Fatimah Syarha yang juga merupakan senior kepada seorang kawanku di sini.


'REVOLUSI IQ.EQ.SQ.'

Apa pun, yang pastinya bukan dalam masa yang terdekat sebab buku2 akademik sepatutnya menjadi telaahku waktu genting ni. Masa peperiksaan sudah hampir. Bersedialah diri!

blogger-emoticon.blogspot.com

Buat adik-adikku yang sedang dan akan menjalani peperiksaan pada hari ini.. 'Selamat menjalani peperiksaan. Moga kalian peroleh kejayaan. InsyaALLAH'. Sayang Angah.. Sayang Syidah..

O.K. Sampai sini sahaja. W'salam.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.