Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, October 22, 2009

Aku Nak Jadi Orang Yg P.O.S.I.T.I.F.

Hidup ini penuh dengan persoalan. Persoalan yang terkadang kita tak dapat nak jawab dan fahami. Terkadang membuat akal buntu. blogger-emoticon.blogspot.com

Persoalan yang menjengah terkadang seperti menguji sejauh mana positifnya seseorang itu. Bagi yang diselubungi ion-ion negatif, pasti akal dan hati jadi parah seandainya persoalan kehidupan yang timbul tidak dapat dirungkai sebaiknya. Pada masa inilah, syaitan dan iblis yang penuh muslihat akan menyelimuti mereka dengan perkara-perkara yang sememangnya jahat. Masakan makhluk2 yang terkutuk itu akan mengajak manusia ke arah kebaikan kerana mereka ingin sangat mencari rakan taulan yang akan menemani mereka di dalam neraka kelak.

Jadi, untuk posting kali ini, saya sukacita ingin berkongsi satu artikel tentang bagaimana cara kita semua dapat menjana pemikiran yang positif (insyaALLAH). Saya ambil artikel ini daripada seorang ahli pewaris.net yang saya sudah lupa siapa namanya. (maaf yer) Artikel ini kadang-kadang saya baca untuk mengecas ion-ion positif dalam diri. (tak selalu sebab terkadang terlupa adanya artikel ni dalam perpustakaan Asrar ini). Jom baca!

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.

Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda.

Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar.

Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.

Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.

Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.

Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.

Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda


Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri yang kerdil ini seandainya saya telah mengguris perasaan anda. Saya hanya insan biasa. Walau sehebat mana pun saya cuba untuk menjaga hati manusia, pasti ada kecacatan sana sini. Saya juga ingin menyatakan kerinduan saya pada seorang sahabat yang mungkin tatkala ini amat sibuk dengan pengajiannya di Kelantan. Moga kau sihat dan ceria selalu. Jaga diri elok-elok! (^_~V

blogger-emoticon.blogspot.com

"..persahabatan..
merupakan suatu kurniaan Ilahi yang terindah
lagi indah apabila ianya dipupuk
atas redha pemilik jiwa
aku suka dan inginkan
begitu banyak jalinan persahabatan
dalam hidupku
walaupun seringkali ianya mengundang
pedih di jiwa

namun itulah lumrah kehidupan
dalam persahabatan
yang aku masih lagi pelajari
maafkan aku teman
kerana diriku penuh kecacatan
penuh kekurangan
dalam melengkapi sebuah
persahabatan yang terindah

aku ingin menjadi teman
yang bukan sahaja
hanya kenalan
dalam memenuhi episod
hidup

ya Rabbul Izzati
ajarkanlah aku erti
sebuah persahabatan kerana-Mu
bertemu dan berpisah
hanya kerana-Mu
kerana segala yang ku kecapi
adalah milik-Mu..."



No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.