Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, October 17, 2009

Atokku Sayang~

Assalamualaikum..

Tersebut alkisah di dalam penghidupanku ini wujudnya seorang nenek.
Asnah namanya. Ramai saudara maranya memanggil dengan panggilan 'Mak Ngah Senah'.
Aku memanggilnya dengan gelaran Atok. A.T.O.K.

Seorang nenek yang hanya dapat menghabiskan sekolah dalam darjah tiga dek kerana terpaksa menjaga adik-adik setelah kematian ibunya pada usia yang amat muda.
Walaubagaimanapun, aku amat bangga dengan peribadinya.

Dia sangat baik, selalu membantu saudara maranya. (poin pertama)
Jarang sekali dia terlepas membantu saudara maranya terutama bab-bab memasak untuk orang kahwin. Sudah tentu dia seorang yang pandai masak. (poin kedua)
Kadangkala dalam kata-katanya terdapat pelbagai bidalan atau perumpamaan yang dapat ku kutip jadi pedoman. (poin ketiga)
Sebagai contoh (yang baru petang tadi aku dengar), ayatnya lebih kurang berbunyi begini:

"...Along.. nak cari orang jangan hanya kerana insang pada ikan.."

Maksudnya, jangan main ambil sahaja dek kerana dah ada depan mata. Selami dan kenali dulu manusia tu. ...... dan adalah penerangan seterusnya secara lebih mendalam yang mana aku segan sikit nak tulis.blogger-emoticon.blogspot.com

Dia suka bagi nasihat dan aku amat senang dengan nasihatnya. Biasalah orang yang dulu makan garam dari aku. (poin keempat) Tapi rasanya tak semua orang suka bagi nasihat tak?


Dia pernah berkata: "...Orang tak pandang pada pangkat tapi lihat pada budi bahasa..."blogger-emoticon.blogspot.com
Tiba-tiba teringat pula lirik lagu nyanyian Siti.. "budi bahasa..budaya kita" (poin kelima)

Dia ku ibaratkan macam perempuan Melayu terakhir dengan adabnya dengan orang disekelilingnya terutama dengan orang yang lebih tua daripadanya. Aku GERAM bila ada ramai orang yang ambil kesepatan atas kebaikannya!

Dia yang menjagaku sejak aku kecil. (poin keenam)

Dia suka mendahulukan orang lain melebihi kepentingannya sendiri. (poin ketujuh)
m.. banyak lagi poin-poin penyebab aku amat sayang pada Atok. Bolehkah aku mencontohinya?
blogger-emoticon.blogspot.comKelakar bila ada yang cemburu dengan atok. Bagi aku, ia bukan suatu kepelikan apabila sebenarnya terlalu banyak sebab untuk aku menyayanginya.

Apa pun aku kena selalu ingatkan diri. Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun waktu itu belum berlaku, aku perlu bersedia menguatkan jiwaku menghadapinya nanti. Mungkin juga aku yang pergi dulu. Semuanya terserah padaNYA.

ALLAHURABBI.. Tempatkanlah kami dalam golongan hambaMu yang Kau redhai dunia hingga alam akhirat kelak..


p/s: Sayang atok blogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

  1. Kem salam kat atok ko ek..lame tak jumpe die. :)

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH..Mai. (^_^) Actually atok aku ada kat rumah aku ni dah beberapa minggu.Esok dia nak balik ke rumah dia. M.. sedih la pula..

    ReplyDelete

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.