Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Wednesday, August 19, 2009

Corak Kain Putih~

Alhamdulillah..
Syukurku kepada ALLAH..
Atas nikmat hidup yg dikurniakanNYA kpdku..
Walau sejahat mana diri ini..
DIA masih lagi memberiku peluang untukku
kembali padaNYA..
Terima kasih..
Wahai pemilik jiwaku..
**********************************************

m..
hari ni sudah masuk hari ketiga aku ke sekolah.
Alhamdulillah..setakat ni, aku tidak menghadapi sebarang masalah di sekolah tu. (Walaupun aku bukannya bekas pelajar di SKTSA)..
Alhamdulillah..dapat juga aku berkenal-kenalan dengan guru2 yang ada disana (walaupun x semua). Seronok terutamanya bila berkenalan dengan guru2 berpengalaman luas ni..



Gambar 1 : "Tanggal 31..Bulan 8, '57..Merdeka3x..."


Gambar 2 : Pertandingan menghias basikal kemerdekaan.


Gambar 3 : Persembahan boria kemerdekaan



Apabila aku melihat karenah budak2 pula, teringat aku dengan kisah kehidupan di sekolah rendah aku dahulu. (Nostalgia betul!)
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Teringat masa hari terakhir aku zaman sekolah rendah dahulu. Aku menangis dalam bas dek kerana dapat merasakan akan berpisah dengan kawan2 dan cikgu2 yang disayangi. (yeke..)
m..begitulah jiwa kanak2 kan..

Terngiang aku dengan kata2 guru penolong kanan sekolah yang aku sedang jalani PBS ni (kalau tak silap akulah). Masa tu hari Isnin (aku baru je datang dan sertai perhimpunan pagi~ dapat duduk sebelah dia ^_^) Dia kata (lebih kurang macam ni):

"Saya rasa terkilan. Budak2 ni sebenarnya baik. Tapi entah macam mana sesetengah daripada mereka boleh jadi liar bila dah membesar." kata guru penolong kanan itu.

ayat2 di atas dinyatakan apabila sedang melihat budak2 ni (murid2 lah) bersemangat menyanyikan lagu patriotik semasa majlis pelancaran bulan kemerdekaan. (seingat aku lah)

m..persoalan yg sama, pernah terlintas dalam akal fikiran aku. (betul.. x tipu)

Jawapan kepada persoalan kami berdua ni.... kamu semua (para pembaca) boleh fikir2kanlah..

terlalu banyak faktor penyebab perubahan pada diri kanak2 ini tatkala menginjak usia dewasa.
corak yg dilakarkan pasti berbeza dari satu individu dgn individu yg lain.

m..oklah.. ni sahaja buat kali ini. daaa..
w'salam..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.