Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Sunday, August 23, 2009

Catatan Hati



ya ALLAH,
Kenapa diri ini begitu lemah dalam menegakkan kebenaran?
Hanya mampu berdoa dalam hati..
Bagaimana cara diri ini dapat mengukuhkan hati dan mendatangkan keberanian dalam menyatakan kebenaran?
Aku menyayangi saudaraku ini..namun..benarkah aku sebenarnya menyayanginya?
Mesti dia tidak tahu.
herm..
Ya ALLAH..beriku kekuatan.
**************************************************************************

Entahlah. Dua hingga tiga hari kebelakangan ini, FIKIRAN DISERABUTKAN dengan sebuah gambar @ 'primary photo' seseorang. Seseorang itu bukanlah terlalu asing dengan diri, namun merupakan rakan sekelas. m.. dia sudah semakin berani menunjukkan kasih sayangnya terhadap kekasih hatinya pada mata2 manusia lain. Aku masih berdiam diri. (Astaghfirullah)

Aku harus menegurnya! Namun bagaimana? Nasihat kawan2 rapatnya sendiri pun tidak diendahkan apatah lagi aku yang mungkin tiada langsung dalam list hatinya. Masa awal semester aku berjumpa dengan pasangan ini, aku sudah mula menunjukkan ketidaksukaan kepada mereka. Geram!! Namun yang pasti aku tidak lah membenci diri mereka. Cumanya aku tidak begitu senang dengan perilaku mereka. Kadang2 bermacam aksi manja yang ditunjukkan dalam kelas. (ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM)

Kenapa aku masih belum lagi boleh mencontohi sahabatku, Hamizah? Teringat aku akan kejadian yang mana dia telah menegur secara terus sepasang kekasih dalam kelas kami sewaktu di matrikulasi. Perempuan itu memang seorang yang jenis kasar bahasanya. (Bukan calang2 mulut! Tiada malu menemplak dan menjerit2 dalam kelas).

m.. lebih kurang sama juga dengan kawan perempuan kelas aku ni. Namun, rasanya dia lebih bersopan lagi. Adui.. setahu aku, dia ni ada masalah keluarga. Ada kaitan dengan ayahnya yang telah berkahwin dua. Namun, kalau itulah menjadi alasan untuk dia melakukan perilaku yang menyakitkan mata tu..Huh! Memang tak patut!

Walau apa pun masalah manusia, hukum Allah tetap perlu dijaga!
(astaghfirullah..kadangkala aku sendiri boleh lupa dengan perkara ini)

Bantulah aku ya ALLAH..
(bantu aku juga dalam merubah diri ke arah yang lebih baik)


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

******************************************************

Alhamdulillah..
Akhirnya berakhir program PBS aku ke SK Taman Sri Andalas pada hari Jumaat lepas.
BEST! Happy.. Seronok..
Itulah perasaan 'major' aku setelah usainya tugasanku ke sana.
Aku hanya berkesempatan berteu dengan GB @ Guru Besar pada hari terakhir (Jumaat). Gembira dapat berjumpa dengan beliau.
Aku berasa amat selesa berada di sana. Mungkin juga kerana ini sudah kedua kalinya aku menjalani program PBS. (bunyi macam bahasa Indonesia pula (^_^))

Alhamdulillah..aku mudah mendapat segala maklumat yang ingin diperolehi daripada sekolah tersebut. Cikgu2nya ramah!

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Terima kasihku ucapkan terutamanya kepada Puan Sabariah @ Guru Penolong Kanan 1 yang banyak membantu aku semasa berada di sekolah.


Gambar 1 : Puan Sabariah Binti Ali.. (sedang beri ucapan bersempena pelancaran bulan kemerdekaan)


Juga kepada Puan Rosaslina @ pembantu tadbir sekolah. Tidak lupa juga kepada mentorku dan para guru yang turut memberi sokongan kepada diri ini yang masih lagi bertatih dalam bidang pendidikan ini. Banyak nasihat dan pengalaman yang mereka kongsikan kepada aku.

m.. nampaknya memang berkesan betul tips2 yang diberikan oleh pensyarah pengurusan PBS IPGM berkaitan dengan cara2 dalam mewujudkan komunikasi yang positif dengan warga sekolah yang bakal kami kunjungi.

M.. aku ni kalau nak diikutkan memang susah nak buka mulut ( bukan buka mulut saja2..maksudnya bercakaplah..hehe)

Namun memandangkan pada kali ini aku menjalani PBS seorang diri, memang akan 'habis'lah aku kalau aku tak pandai nak 'masuk' dengan guru2 kat sekolah tu. Alamatnya..mesti rasa tak syok dan akan berasa terpaksa pergi sekolah.

haha.. dengar2 cerita. Ada kawan seunit aku ni, balik awal setiap hari semasa PBS kami ni. Lagi aku nak gelak, [dia kata masa hari terakhir (Jumaat)] dia hanya datang ke sekolah untuk dapatkan tandatangan GB dan balik rumah tak sampai jam 8 pagi pun.. Fuh.. Kalaulah pensyarah PBS tahu..herm..)

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Apa2pun..diharapkan dia sudah pun mempunyai semua maklumat yang diperlukan.
(Tapi memang aku akui pun, tugasan untuk sem 2 ini lebih sedikit berbanding sem 1)

Apa2 pun aku memang gembira berada di SKTSA. GB dan PK 1 sekolah tu berharap agar aku akan di'posting'kan ke sana kelak. InsyaALLAH.. andai ada rezeki.. (aku kata)

(andai kuota ke Sabah dan Sarawak sudah dipenuhi la..kot..)
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

hehe..

Dibawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku ambil ketika berada di sana.. Jom tengok..

Gambar 2 : Pusat Sumber sekolah.. (Jangan main2..Johan peringkat Klang tu..)



Gambar 3 : Bacaan Yaasin pada pagi Jumaat (m..inilah antara yang mengkagumkan aku)



Gambar 4 : 5 Sedeli (Aduyai.. macam2 ragam! haha~)


Gambar 5 : Pertandingan Basikal Berhias Tahun 5



Gambar 6 : Pondok Nilam 'Diraja' (ahaks..)



Setakat ini saja yang dapat ku kongsikan perihal catatan hati buat kali ini.. (..ayat yang kelakar..)

wassalam..
*************************************************************************

"ya ALLAH..Jauhkanlah diriku dari sifat munafik lagi fasiq.. amiin.."


No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.