Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, June 9, 2009

Saya Dah Balik Dah.. (Bahagian 1: Alor Star)




sawah padi..



waktu senja..(jalan kaki sekejap lepas balik dari Pekan Rabu)


Subhanallah.. Cantikkan ciptaan ALLAH..

Di atas adalah antara tangkapan memori yang sempat dirakam semasa berada di Kedah dari 30 Mei hingga 5 Jun 2009. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun pada awalnya ada sedikit salah faham dengan seseorang ni..(^_^) (alaaa..tiada apa2 pun sebenarnya)

Terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang dicipta semasa berada di sana. Terutama ketika berada di Baling, rumah sahabatku yang dah lama tak jumpa. (teringat kata-kata yang pernah dia ucapkan suatu ketika dulu.."tak suka mencipta kenangan"..tapi rasanya sudah terlalu banyak kenangan yang terlakar. (^_^))~sangat menghargai setiap kenangan itu.
-tak faham ayat ni? hehe..biar jelah saya seorang yang faham..-

(Sebenarnya banyak betul nak diceritakan ni..m..nampaknya kira ini bahagian 1 la..)

Bahagian 1 : Alor Star..

Selain Suria yang sememangnya nak balik Kedah, aku juga telah ditemani oleh Hayati yang turut ingin bersama pergi ke Kedah. Perjalanan kami bermula di Terminal 2, Seremban pada jam 11.10++ pagi. m.. memang berasap kepala sebab duduk lama dalam bas. Mujurlah, pak cik bas berhenti di Tapah..( waaaaaa...RAMAInya orang...)Sempat juga beli buah-buahan kat sana.

Kami sampai Alor Star lebih kurang pada jam 7.40malam (gara-gara kesesakan lalu lintas yang berlaku sebanyak 2 kali..-anggaran sampai sepatutnya lebih kurang jam 5.30 atau 6 petang..) Tak pelah.. Sekurang-kurangnya dapat juga aku merasai perasaan mereka-mereka (seperti Suria) yang perlu melalui semua ini untuk menemui keluarga tersayang. Mak abah Su, ambil kami di Shabab Perdana. Selepas dibawa pergi makan, kami pun dibawa ke rumah mereka. Malam2 tak nampak lagi sawah bendangnya. Cuma dapat melihat kawasan lapang yang terbentang luas. Subhanallah..

Hah..Esok paginya.. buka tingkap.. (jeng3x) SUBHANALLAH.. Damainya suasana dan hijaunya sawah ini. Sebelum ni bukanlah tak pernah nampak, cuma tak dapat melihat dengan lebih lama dan 'mendalam'.. (^_^)v Segar betul udara kat sini.

Dipendekkan cerita, dalam masa kami berada di sana..sempat jugaklah pergi ke Pekan Rabu dan kawasan terdekat di sekitarnya. Yang paling penting kami sempat juga pergi ke RFC!Radix Fried Chicken.. m.. dah lama betul aku berhajat nak pergi sana. Aku pernah dengar2 yang RFC nak buka di Selangor.. tak SABAR! Alhamdulillah..sedap makanan di RFC.. Makanan halal lagi baik.. setahu aku makanannya adalah makanan organik.
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



Ingatkan nak pergi masuk menara. Su kata kita boleh lihat bandar Alor Star dari atas sana secara keseluruhan. Tapi masa tak mengizinkan. (yelah..keluar daripada rumah pun agak lambat..hehe~) Tapi tak pe.. Seronok je dapat jalan-jalan kat sekitar dalam, luar dan berdekatan Pekan Rabu.



Sepanjang berada di rumah Su, banyak benda yang aku pelajari. Pelbagai aspek kehidupan yang perlu aku renung dan ambil untuk memuhasabah diri. Diri yang masih banyak perlu dibaiki. Setiap orang yang kita jumpa dari sekecil-kecil anak hingga setua-tua manusia termasuk 'mereka yang berada dalam tanah', kita sebenarnya dapat memperolehi sesuatu daripada mereka. Belajar sesuatu. (ambil yang baik je la).

Aku berada di rumah Su dari malam Sabtu hingga pagi Selasa. Petang Sealasa tu, aku pergi ke rumah Hamizah. Abah dan mak Su yang hantarkan. Terima kasih ye, pak cik..mak cik.. (sebelum tu aku sempat dibawa ke rumah bakal menantu mereka di Pengkalan Hulu. Yati dan Su pun ada sekali. Waa.. berjalan sakan aku ni.. sampai masuk negeri Perak tu..)
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



Terima kasih ye.. v(^_^)v

Aku amat terharu bila dapat jumpa Hamizah pada petang tu. hehe..dia tunggu ak dengan motorsikal Nova putih dia kat tepi jalan. Masa tu dah lewat petang.(nak dekat masuk Maghrib pun..) TERHARUNYA..!!! -tapi aku tak tunjuklah..~

hah..cerita aku kat Baling (rumah Hamizah) dalam bahagian 2 ye.. BEST TAU!!!! ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH YA ALLAH..kerana Kau telah permudahkan perjumpaanku dengan SAHABATKU ini..

"Yg paling jauh bukanlah bintang,
Bukan jua bulan,
Tapi masa yang tidak akan kembali.
Kelmarin yg terluput menjadi ingatan,
Semalam yg hilang mengukir kenangan,
Sebelum hari ini berlalu,
hargai apa yg Tuhan izin kau miliki.
Manisnya azimat,
Pahitnya jadikan penawar dan ubat,
Dalam senyum..dalam tangis..
Pasti tersembunyi buatmu rahmat"

-Hamizah Binti Ahmad-

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.