Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, May 29, 2009

Sayangkah kita kepada ALLAH ????




Artikel ni baru sahaja saya baca tadi. Sangat menyentuh jiwa. Saya dah copy dan paste di bawah ini.. Penulisnya: RAJAWALI dari HALAQAH.NET..

Kita Sayang Allah tak?

(sepetang selepas aku membeli ikan di tepi pantai..)

Berhampiran Taman Millenium, tak jauh dari pantai ABF di MLNG Housing berhampiran rumah aku , menjelang malam (petang pun ada, tghari buta pun ada juga...) sunggu ramai 'kembar siam' di pelosok taman, sama ada terceruk ataupun tidak tersorok. Melayu pun ramai juga...majority rasanya. Tak sangka ramai kembar siam melayu di Malaysia.

Aku pun tiba2 dapat ilham, dan post ini ditujukan kepada adik2 diluar sana, yang ghairah nafsu seks yang memuncak, tapi tak boleh nak kawin lagi.

Namun sesuai juga bagi yang suka, menghisap, menyedut, mengemam, mengunyah, menelan, atau mengmasukkan CILI ke dalam mulut, dan merasa kepedasannya sehingga mengjilat gigi!!!

(apa gelak2..suka tengok orang pedas?)

Allah MAHA PENYAYANG dan MAHA MENGASIHANI


Bila korang sakit, korang kata Ya Allah…sakitnya……

Bila korang menderita korang kata Ya Allah…tolonglah daku

Bila korang bersedih, korang kata Ya Allah hanya KAU yang memahamai

Bila korang kecewa, korang kata Ya Allah…sabar jelaaaaaa..

Bila korang happy, senang, bahagia, pelangi nan indah, mentari jingga di hatiku…banyak duit, takde masalah, naik gaji, dapat bonus…kepada Allah yang sama jugaklah korang buat:


Maksiat taman bunga/semak samun/pondok buruk/hotel mewah/hotel murah/dalam kereta

Maksiat minum arak
Maksiat tengok laman web lucah

Maksiat tengok bini dan anak dara orang

Maksiat bergelak ketawa dengan bukan muhrim

Maksiat rumah urut

Maksiat tengok ratu cantik atau ratu hodoh dan gelenyar

Maksiat tengok pelakon yang ghairah berpelukan dan berkucupan
Maksiat dengar penyanyi dan terkinja-kinja

Maksiat tengok rakan sekerja yang seksi, tak seksi dan seksa..ohh..

Maksiat meninggalkan solat

Maksiat meninggalkan solat awal waktu

Maksiat meninggalkan puasa

Maksiat IM (instant messenger) dengan kenalan bukan muhrim. (Bukan saja cakap perkara maksiat, tapi kalau saja2 borak2 pun maksiat ye...)

Maksiat berfantasi bersama artis bukan muhrim

Dan lagi...dan lagi..dan lagii.............amboi3x....



Allah bukanlah pencegah maksiat jabatan agama – malah Allah jauh lebih tahu apa yang nak dicegah

Allah bukanlah jurugambar ala2 perasan paparazzi – malah Allah jauh lebih advance rakamannya

Allah bukanlah wartawan yang penanya berbisa – malah Allah Maha adil, DIA jaga maruah korang.

Allah bukanlah kaunselor jabatan agama yang ada mengambil kesempatan (rujuk kes org kena tangkap khalwat, kena pulak 'layan' ustaz pencegah maksiat tuuu) – Malah Allah tak perlu pun amik apa2 kesempatan

Namun , jangan rasa Allah tidak akan memberi balasan di dunia.
Sekali atau seribu kali terselamat, bukan bermakna Allah akan kasik korang chance selamanya. Korang ingat Allah tak nampak? atau ingat Allah maafkan sebab korang tak kacau orang? (buat dosa sendiri-sendiri dan tak menyusahkan sesiapa)jangan macam tu kawan…

SEBENARNYA.........................

Allah kasihankan korang..tapi korang yang tak kesiankan diri..(aku pun..isk isk isk…)

Allah bagi peluang untuk pergi solat, meminta sebanyaknya kepadaNYA, mengadu dan menagisi dosa2 lalu, dengan Allah bagi nikmat umur dan sihat. ..

Allah jaga aib korang, tapi korang yang tak pandai jaga aib korang sendiri.

Allah tutup malu daripada mak/ayah/orang kampong/orang opis/orang rumah/orang suratkhabar gossip daripada tahu kegiatan tak bermoral korang. Allah bagi peluang untuk insaf dengan tunjukkan berita2 orang kena tangkap sebab arak/zina/mati selepas hubungan seksual (bagi yg berstatus anak dara)/lalai dari solat/tak bersungguh di bulan puasa dan arghhhh… byk sgt lagi..


Allah jaga hak korang, tapi korang tak jaga hak Allah
Allah bagi korang hidup, dan sediakan makanan, udara, kesenangan, internet, agar korang kembali dan sentiasa ingat kepadaNya. Tapi korang tak jaga hak Allah, syirik dan tidak taat segala rukun ISLAM dan IMAN. Actually, dengan perangai korang macam ni, korang ada hak ke? Dah la Abdi , Hamba Abdi, tapi masih ingkar dan eksyen..pirrrrraaahhh..


Allah bagi korang chance, tapi korang tak ambik chance tu.
Bila orang tegur korang marah, korang rasa apa korang buat tu semua betul.
Andaikata ada orang ingatkan, korang kata orang tu kolot, serious, tak cool, gelabah, ntahapahantah, perasan alim, malaikat, kacau, cam bagus, boring, skema, membebel, leceh, potong stim…dan macam2 lagi. Padahal Allah nak bagi peringatan, tapi dah korang tu DEGIL dan SOMBONG, macam dunia ini korang yang punya..nak buat camna?

Allah sayang korang, 70x ganda lebih daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, tapi sungguh sikit orang yang SAYANG Allah.
Orang yang harapkan kasih sayang Allah ramai lah..Orang yang perasan Allah sayang dia pun ramai, padahal Allah selalu murka, dia tak sedarrr…(aku pun..ohh..)…Nauzdubillah…

Allah bagi masa yang cukup untuk bertaubat, tapi korang tak tau buat taubat.
Korang ingat masa tu ialah RTM (rehat tunggu mati) Masa tu akan berlalu dan akan sampai masa mati. Padahal itulah SATU2 NYA modal untuk pergi ke syurga, dan jauhkan dari walau setitis api neraka

Allah dah bagi banyak peringatan tapi korang yang tak nak ingat dan tak berminat nak ingat.
TAK BERMINAT NAK INGAT!!...
TAK BERMINAT NAK INGAT!!!!!!...
TAK BERMINAT NAK INGAAAAATTT!!!!!!!!!!!!!!

Nota : penulis pengsan kerana sedih sebab diri sendiri memang jarang ingat Allah………..maka berakhirlah post ini begini sahaja….jgn mare…pergilah ingat Allah SELALU dan setiap masa, dimana jua anda berada (kalau dalam kubur dah jadik mayat, baik tak yah….kat luar kubur je yang masih ada tawaran..ye!! kat luar kubur, macam ko yang sedang baca artikel aku ni…ye engkau dan aku skali……..KO LAH WOI!!!....)..

KAU, KOME, MIKE, ANTA, ANTUM, ANTU?, TUAN HAMBA, MUNG, MU, DEMO, HANG, AWAK, YOU, KORANG dan yang utamanya AKU!!!

Jadi, marilah kembali kepada Allah dengan sesungguhnya.

Yang masih ber"kembar siam" kat taman bunga, insaflah cepat2 sebelum jadi mayat,
Yang masih beronline dengan bukan muhrim, cukuplah sekadar ini saje sebelum jadi mayat..(aku pun..ohh..),
Yang tak solat, start lah solat sebelum jadi mayat..,
Yang ada tinggal2 solat, jgnlah tinggal lagi sebelum jadi mayat..,
Yang tak solat awal waktu, solatlah awal waktu sebelum jadi mayat..,
Yang banyak duit, gunalah untuk agama sebelum jadi mayat..,
Yang ada pangkat, jagalah betul2 amanah sebelum jadi mayat..,
Yang isap rokok, bawak2 la berentilah isap...gunat duit untuk bagi kelebihan pada orang lain sebelum jadi mayat...
Dan tak lupa juga, yang 'makan cili' tu...janganlah 'makan' lagi..sebab bila kau dah jadi mayat..baru kau tahu "cili" tu sebenarnya manis semasa di dunia dan menyesal kau tak tonyoh "cili" tu banyak2 kat mulut masa belum jadi mayat..ohh…

Ps : Kepada yang masih rasa cool dan relax lagi…boleh try baca kitab:
"Peringatan Bagi yang Lupa atau Kitab Tanbihul Ghafilin."
Macam baca buku cerita seram, tapi buku ni buku yang paling seram…….Memang gerun, memang insaf, memang takut…sebelum menjadi mayat dan sejuk dan dingin..ohhh..

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4882.msg62963#new


YA ALLAH..aku mohon bantulah aku dalam membina CINTA yang padu kepada-Mu..YA ALLAH..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...