Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, May 2, 2009

Assalamualaikum.. Peace be upon you..~


Nampaknya..macam banyak je cerita nak diceritakan..
Apa-pun yang terbaru.. ada orang terasa dengan saya..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

(padan muka saya.. (^_^) )

m..sebenarnya..manusia tu telah 'misunderstanding' tentang apa yang saya nak cakap. Mungkin juga saya sendiri tidak mahu menjelaskan dengan sejelas-jelasnya apa yang hendak saya sampaikan. (Kelakarnya bila ada orang marah kat kita atas sebab yang pelik). Masa akhir perbualan tu, ingatkan nak jelaskan balik.. tapi dia dah keluarkan ayat yang macam tak puas hati. Jadi saya yang pening-pening pun, jadi tak dapat nak beritahu. Last-last, dia kata "saya tak akan biarkan orang yang buang saya, kutip saya balik". m..masalahnya..bila masa pula saya cakap saya nak buang dia?? Astaghfirullah.. Biarlah. Bagi saya, bukan masalah yang besar kalau saya tahu saya di pihak yang tak bersalah. (agaknya, manusia yang satu ni sensitif kot..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot )

m.. agaknya la.

Minta maaf la.. Saya ni kalau dengan lelaki memang agak kasar sedikit sebabnya saya nak kurangkan rasa segan sedikit kalau terserempak dengan mereka. (yelah..nak jadi cikgu ni, kenalah pandai berkomunikasi dengan manusia tak kira jantina..tak??)

m..tukar topik pula..

Ni nak cerita.. masa nak balik cuti 3 hari ni.. Macam-macam karenah manusia lagi yang dapat saya lihat. Memandangkan komuter merupakan pengangkutan awam yang paling mudah untuk saya pulang rumah berbanding bas yang saya sendiri pun tak biasa nak guna, so saya gunakan komuter lah (nak jadikan cerita )..

m.. Pada hari Jumaat lepas memang..sangat ramai orang menggunakan komuter. termasuk pelajar-pelajar sekolah; asrama ..tak asrama.. orang awam termasuk saya dan dua orang sahabat. Ingatkan nak tunggu tren berikutnya tapi tak tahu lah tiba-tiba ambil keputusan saat akhir untuk masuk tren (yang agak ramai manusia) kat depan kami.

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot (alamak dah terpadam 'karangan' saya yang seterusnya. Penat je tulis..xpe2.. ada lah sebabnya tu.. sambung balik)

m..nak dipendekkan karangan.. macam-macam karenah yang dapat saya lihat. Saya yang terpaksa berdiri seorang tanpa dua orang sahabat saya yang telah turun di Nilai terpaksa menebalkan muka. (segan..)

Antara perkara yang saya ingat telah berlaku, m.. ada dua orang pemuda Arab yang masuk ke dalam tren dan berdiri berhampiran saya. (bau rokok!) Memang keadaan tak selesa. Mujurlah ada beberapa adik perempuan asrama yang berdiri depan saya. Tapi mereaka buat hal merekalah. Rasanya pemuda Arab depan ni perasan dengan ketidakselesaan saya kot. Dia menjarakkan diri. Mereka rancak betul berbual. (tak faham .. cuma adalah beberapa perkatan yang saya tahu. hehe..tak silap ada sebut 'qurratuain'.. nak dekat2 nama saya tu..)

Setelah hampir 3 stesen berikutnya, akhirnya saya yang sentiasa menjeling-jeling tempat duduk dapat juga tempat. Itu pun setelah dipersilakan oleh seorang budak asrama. Terima Kasih banyak. Budak SDAR, tak silap saya. (nampaknya, gembira banggalah..seorang adik ni..) Rasanya budak-budak ni tahu, saya tak selesa ketika tu kot. (m..hampir semua kawan-kawan saya tahu, muka saya ni..memang susah nak sembunyikan apa yang ada dalam hati)


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



Alhamdulillah..syukur..sangat. Yelah..stesen berikutnya ialah stesen UKM dan sememangnya akan ada ramai manusia yang gunakan komuter kat situ. m.. sesampainya kat stesen ni, dilihat ramainya berasak-asak masuk ke dalam tren. Aduh, adanya pemandangan yang menyakitkan hati. Astaghfirullah..moga aku dijauhkan dari perbuatan itu. Tiba-tiba ada dua manusia yang berdiri di depan saya. (saya lupa mereka masuk dari stesen mana). Pada mulanya saya ingat dua-dua perempuan, tiba-tiba yang perempuan sebelah kanan pegang pinggang seorang lagi..(aduh.. parah ni..) Bila lama tu, saya amati suara, m.. lelaki rupanya.( wei, lagi tinggi ke'PARAH'an nyer!!) Astaghfirullah..

Akhirnya, perempuan tu dapat duduk sebelah saya. m.. ntahlah.. Semacam rapat sangat jer pasangan ni. Tiba-tiba saya dengar perbualan mereka semasa melintasi sebuah stesen. si perempuan: "kalau kita beli katil budak-budak kat sini mesti murahkan.."

Nampaknya, di sini saya yang telah tersalah sangka. Astaghfirullah.. m.maaf lah ye.. tapi tengok keadaan mereka ni, macam bukan suami isteri pun. Si lelaki, nampak macam muda sangat dan style pemakaiannya macam budak'goku' (dalam kartun dragonball tu). Macam mana lah saya tak tersalah sangka. Astaghfirullah..


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Tapi lah kan.. rasanya tak sepatutlah mereka memperlihatkan kasih sayang kat tempat awam. Malu lah sikit. Dah lah tren tu padat. Ish.. apa-apa pun moga bahagia

m..sampai sini dahulu kot. ada lagi ceritanya. (belum lagi part 2, tren ke Klang)

ya Allah.. limpahkanlah aku rezeki..moga aku dapat membeli sebuah kereta sendiri agar tak perlu aku berada dalam keadaan yang mengundang pelbagai kegelapan hati aku. Ya ALLAH.. Aku rindu kasihMU.. Jauhkan aku dari sifat munafik dan fasik. amiin..


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

p/s: di kesempatan ini, saya benar-benar memohon maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.