Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, April 28, 2009

Periksa? Peperiksaan? Pekse?? Ish..~

Hari peperiksaan semakin hampir. Dengan perasaan terkejutnya (terutama masa akhir minggu lepas), saya dapat tahu bahawa hari Khamis ini (30 April 2009) akan diadakan UAK yang pertama. Ujian akhir kursus ini akan bermula dengan kertas Bahasa Inggeris.

Nampaknya, kena buka buku 'grammar' la..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Saya sering teringat-ingat kata seorang cikgu.

"kamu ni..cuba fikir balik..kenapa rasanya masih tak boleh nak kuasai bahasa Inggeris? Bukan ke dah belajar sejak dari sekolah rendah..?"

Jadi, apakah jawapan kepada persoalan tu? m.. Saya sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana.. Tiba-tiba teringat pula bahasa Arab yang saya belajar hanya di sekolah rendah agama saja. m..terasa rinduuu pula. Masa kecil-kecil dulu, rasanya macam tak ambil serius je masa belajar. Asyik fokus pada sekolah kebangsaan je. Tapi, tak boleh juga cakap macam tu sebab terngiang-ngiang lagi buku-buku bahasa Arab yang ada banyak gambar. 'tuffahatun" = epal.. "yadun"=tangan.. --> sebut dengan berlagu..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

m..bestnya.. Tapi dah lama dah tak belajar bahasa Arab. Andai ada masa dan kesempatan, seperti mahu masuk kelas bahasa Arab.

Apa-apa pun..saya ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua kawan-kawan yang ada di IPG. Moga kalian sukses selalu. Kepada sahabat-sahabatku yang berada di IPT..selamat bercuti.. LEKLOK jaga diri.. Jangan suka-suka sangat.

Ye.. sekarang masa untuk FOKUS!! Jangan main-main lagi Aezza!! Usaha tangga kejayaan.. (tapi janganlah pula beranggapan bahawa usaha itu penentu kejayaan..)


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot)


OK..Selamat Menjalani Peperiksaan! Sahabat di luar sana..doakan kejayaan kami ..yer.. moga kami peroleh kejayaan.. insyaALLAH~

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.