Alhamdulillah..
Termasuk hari ini, sudah 4 sesi aku hadiri kelas menjahit. Bertambah seronok dari hari ke hari. Yelah, dapat belajar sesuatu yang baru. Setakat ini, benda-benda asas je yang aku baru pelajari. Itu pun belum habis lagi.Lagipun memang aku kira-kira hanya sempat untuk ambil kursus sebulan je. So, sebulan hanya memungkinkan aku mempelajari perkara asas dalam menjahit. (memang ada dalam syllabus kak Ain tu pun..)Seronok juga time mengira-ngira ukuran untuk dilakarkan pada kertas minyak yang aku guna untuk buat lakaran. Sayangnya tak dapat aku rakamkan lagi lakaran-lakaran yang telah aku buat. Harp-harap ALLAH permudahkan aku memahami serta menguasai kemahiran yang diajar oleh kak Ain.tak sabar rasanya nak masuk bab2 memotong kain ni.. (kak Ain kata aku dah boleh beli kain ela) .~_^.
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?