Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Sunday, December 28, 2008

Hari Terakhir 1429H..

Alhamdulillah.. Hari ini merupakan kali pertama aku join aktiviti UC. Nak dijadikan permulaan cerita; aku dan syidah sampai lewat ke stesen Kajang. Akibat kelambatan kami bertolak dari rumah. Walaubagaimanapun, alhamdulillah tiada sebarang kesulitan untuk kitaorang ke Metro Point Kajang tu. Kesimpulannya, aktiviti hari ini best. Best dan gembira dapat jumpa ahli-ahli UC. Walaupun tak ramai, namun cukup terasa eratnya. Terutama dengan kakak-kakak yang best n ceria. (terasa macam ada akak lagi. Sayangnya, kak shida dan kak shye tak dapat datang) Tak tahu lagilah bila aku dapat join lagi JK. Yelah, dengan kekangan masa serta yang paling utama 'permision' dari queen and king aku. Especially from my king..abah. .^_^. Harap-harap akan ada kesempatan di lain masa. insyaALLAH.. m.. Sebenarnya, dah lama aku tak rasa perasaan ni. Rasa jalinan ukhwah yang erat dengan mereka yang bukan ahli keluargaku. Dulu pernah lah juga tapi sekejap je. Moga ukhwah yang terbina akan berkekalan.

Waktu Asar tadi aku sekeluarga membaca doa akhir tahun. Diikuti doa awal tahun bagi 1430 H. (ikut imam dalam tv jer.. .^_^.) Dengan berakhirnya tahun 1429H, aku mengharapkan agar segala keburukan serta ketidakelokkan yang aku lakukan akan digulung sekali. .^_~. Seperti biasa tapi dengan semangat yang lebih 'membara' aku ingin jadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (semampu yang aku dapat..insyaALLAH~) Membaiki peribadi dan akhlak menjadi lebih baik. Apa-apa pun.. Diharapkan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.. insyaALLAH~

Aku doakan kesejahteraan buat ahli keluargaku, sahabat-sahabatku (termasuk mereka-mereka yang tak berapa kenal aku sangat) serta muslimin muslimat yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia + termasuk diri sendiri la.. .^_^. Moga dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA yang Maha Penyayang. aMiinnn.. InsyaALLAH makbul..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.