Diri ini berasa sunnguh pelik dan hairan. hairan.. kenapa dan bagaimana sanggup seorang perempuan melembutkan suara selembut-lembutnya dengan lentokkan suara yang mampu mencairkan lelaki tatkala berbicara. ditambahkan pula, berbual bukan atas dasar keperluan. di waktu malam sedang orang nyenyak lena. dia pula rancak berbual tentang perkara yang entah apa-apa. tidak pula masanya itu digunakan untuk bertemu denganNYA yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.
sungguh aku takut terjerumus ke dalam situasi tersebut. memanja2 kan suara dengan seorang lelaki yang tidak sepatutnya. bukan aku ingin mengeji atau seangkatan dengannya.. cuma hati ini terasa sakit.. mendengar suara yang indah namun berduri. maaf .. ini sekadar luahan hati seorang insan yang masih lemah dalam memenangi cinta Ilahi untuk diri.
wahai sahabat..
aku amat menyayangi kalian..
jagalah diri kalian sebaiknya..
aku pula sering merasa bahawa tidak layak untuk aku menasihati kalian. namun, atas dasar kasih sayangku keatas kalian.. aku ingin sangat menyeru.. hentikanlah.. hentikanlah.. simpanlah kelunakan suaramu bagi insan yang sepatutnya mendengar.. jagalah dirimu agar kamu dapat menjadi sayap utuh dalam perjuangan Islam.. agar kamu dapat menjadi penyeri keluarga yang sebaiknya..
sahabat..
inilah luahan hatiku.. yang sekian kali terpendam.. acap kali aku zahirkan pada kalian seawal waktu dulu.. mungkin kalian lupa.. namun, inilah dia..aku ingin ingatkan kembali..
sahabatku.. yang ku sayang..
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?