Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Wednesday, August 6, 2008



Betapa lemahnya iman hamba-MU ini ya ALLAH.. Masih tiada kekuatan yang benar untukku menghalanginya. Aku hanya mampu berdoa untuk mereka. Ya ALLAH..ampunkan aku.


hatiku..
kau kerajaan bagi diriku
dirimu cerminan diriku
aku acap kali khuatir akan dirimu
adakah kau kuat untuk mengaharungi
segala asam garam hidup ini?
mampukah kau teguh dari dibolak balik
oleh ujian Tuhan?
adakah kau miliki cahaya iman
yang dimiliki oleh mereka
yang Tuhan kau kasihi?
itulah namanya manusia
iman adakala diatas
adakala dibawah
namun aku ragui akan kau
hatiku..
pernahkah kau berada diatas?
andai ada
bisakah waktunya tidak hanya dapat dibilang
dengan jari- jemari?

hatiku..
sesungguhnya aku amat bimbang akan dirimu..
amat sangat
kerana aku sedari akan dirimu
seringkali gugup untuk menegakkan apa yang benar
dan apa yang tidak..
duhai hati..
sayangilah rakyatmu..
sesungguhnya aku amat takut
akan suatu hari
dimana segala balasan baik dan buruk
bakal dihadiahkan kepada
sekalian umat..
hatiku..
teguhkanlah dirimu
aku tahu akan kepayahan dirimu
menempuh onak dugaan
yang hadir ini..
Ya ALLAH..
hanya kepada-MU
ku berserah..
biarlah cintaku hanya untukmu..
ampunkan aku Ya ALLAH
kerana aku tahu..
apa yang ku ucapkan tak seperti apa yang ku lakukan
ampunkan aku Ya ALLAH..
namun segala apa yang ku katakan
adalah dari sudut kecil hatiku
yang sirna cahyanya..
ampunkan aku
Ya ALLAH..
ampunkan aku..
hamba-Mu yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.