Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, August 1, 2008

Kesepakatan. Sepakat merupakan satu perkara yang amat penting dalam mencapai satu-satu kata putus. tiada kesepakatan maka sesuatu perbincangan itu tidak akan menemui sebarang jalan penyelesaian, malah pasti menemui kepincangan. andai ramai yang berebut-rebut untuk memenangkan keputusan mereka maka inilah yang dikatakan sebagai kalut. tidak dinafikan dengan banyaknya perkara atau cadangan yang dapat diutarakan maka lebih effektif serta lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah. tetapi cuba difikirkan kembali, wajarkah satu persoalan yang timbul tetapi jawaban yang diutarakan sehingga melebihi ahli mesyuarat itu sendiri? nampak sangatlah bahawa tiada suatu kesefahaman di antara ahli-ahli mesyuarat berkenaan. yang menambahkan lagi kecelaruan dalam mesyuarat ialah apabila pengerusi sendiri seperti 'hilang kuasa'. kata mudahnya; muncul pengerusi mesyuarat lain yang bukan sahaja seorang malah boleh mencecah hingga angka 2 atau lebih. apa yang saya ingin katakan di sini, agar setiap mesyuarat yang ingin dilakukan, perlu diingatkan kepada setiap ahli mesyuarat akan etika-etika yang perlu dipatuhi semasa bermesyuarat. Perkara ini saya timbulkan kerana baru sahaja selesai menghadiri sebuah mesyuarat. Walaupun perkara yang dibincangkan bukanlah suatu perkara yang besar namun jelas terlihat akan ketidaksehaluan antara beberapa orang ahli mesyuarat. Mesyuarat berlangsung hampir sejam walhal sebuah mesyuarat yang effektif hanya memakan masa selama satu jam untuk menamatkannya (kata pensyarah saya lah..). lagipun hanya satu agenda sahaja yang dibangkitkan. mungkin juga kerana perkara ini dileret-leretkan dengan perkara yang lepas. Disebabkan itu mesyuarat telah memakan masa yang lama. apa-apa pun setiap mesyuarat atau perbincangan perlulah dimulakan dengan bacaan doa dan ingat; perlu ditutup. hal ini agar apa yang kita telah bincangkan tidak terkeluar atau sampai kepada pengetahuan orang yang tidak sepatutnya. InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.