Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Sunday, July 29, 2012

Ya ALLAH..Malunya aku..='(

Bismillahirrahmanirrahim...


ALLAH..ALLAH..ALLAH..
rindu ini hadir kembali
tatkala alunan Ya Badrotim
menjadi halwa telinga
saat ini

terkadang
aku merasa tidaklah
diriku layak untuk menyatakannya
rinduku pada kekasihMu

aku penuh dosa
aku pehun dengan kehinaan
apakah layak untukku merinduinya?

ku ingin tatapi wajahnya
ya ALLAH
izinkanlah selamanya dapatku
tatapi wajahnya itu ya ALLAH..

='(

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  *

[sedikit cerita pengembaraan perjalananku pada 1 hari tadi -28/7]

=)
Alhamdulillah..
akhirnya dapat juga kami bertemu mata dengan adik2 yang telah diamanahkan kepada kami setelah hampir 2 minggu tertangguh akibat miscomunication dengan pihak pengurusan. 

Alhamdulillah..
respon mereka sangat POSITIF & MENERUJAKAN (ada ke perkataan ni?? hee)
mereka tak henti2 mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dan berkongsi ilmu dengan mereka..ALLAH.. apa la sangat ilmu yang ku ada ini berbanding mereka yang jelas berada dalam aliran agama..(walaubagaimanapun ..ya ALLAH..dengan izinMu..aku tidak akan berputus asa.. kurniakanlah aku keFAQIHan dalam agamaku) =)

Tak sabar rasanya nak jumpa mereka lagi selepas ini.. (ya ALLAH ..permudahkanlah pertemuan kami..)

Aida said:
"akak dengan kami kan..hah...sedia tau dengan saya.. saya ada BANYAK soalan nak tanya.."

haha..
seram juga mendengarnya..
insyaALLAH.. adik.. kalau akak tahu..akak jawab ON THE SPOT..
kalau tak...tunggu dan sabar naa~ ~ =)

alhamdulillah... baru tahu usrah ini telah diPROGRAMkan.. maksudnya lebih mudalah untuk melaksanakannya.. alhamdulillah... moga apabila telah diPROGRAMkan ini... dengan izinMu...makin bertambahlah hati2 yang tertambat dengan kecintaan padaMU ya ALLAH... amiin..


ok..habis bab ini.. sambung len ye ..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
ok fine!
petang yang sangat meMENATkan OTAK DAN KAKI KANAN ku~
KL...OOOO..KL....

silap masuk jalan sikit.... HABISLAH~~~~~ berPUTARlah kita kat tempat yang sama atau tak keluar2 dari kawasan tu..

uish!

sabo jelah...

tup2..dah sampai kat tempat yang mahu dituju... HABIS SUDAH program nya~~ hahaha!
tiba2 terus..nak kami 'berCAKAP' dengan pelajar2 kat situ..

haha...ENGLISH kot! 

bukanlah tak reti sangat cakap omputih ni
tapi tak CONFIDENT sangat bila kena memPROMOTE sesuatu yang kita sendiri tak jelas tentang benda yang hendak diPROMOTE kan.. (walaupun pada hakikatnya..semua ini dipanggil sebagai PRAKTIKAL..tapi bak kata Safiyah..."Blur~~~~ " 

" 'E' before 'I' "
i know that I is stands for INTELECTUAL...but how about 'E'? Emotion? and how can we relate it with the PRACTICAL? sir, could you explain to us??
(oh, My ENGLISH~~~.. ahaks!)

perkara yang agak memalukan tadi..kena tegur dek Pak Guard kat luar masjid..
"nak ke mana tu?"
dengan muka penuh tanda tanya....
"nak ke masjid lah pakcik.."
"perempuan solat kat asrama!"

APAKAH???

aduyai... dah la datang2 dah habis..pastu kena pula buat PRAKTIKAL yang tak tahu ala tuju lepas solat.. nak solat pun, kena keluar cari masjid/surau lain..yelah...tak kan nak men redah je asrama orang~

SABO jela


akhirnya..ambil keputusan untuk terus balik~ 

(maaf la kepada sesiapa yang berkenaan..)

walaubagaimanapun
beberapa pengajaran dan peristiwa menarik yang boleh diambil dari perjalanan yang PENAT tadi..

1. walau apa2 pun yang berlaku...dah masuk je waktu solat...SOLAT DULU YE! baru HATI tenang, nak mencari dan melaksanakan sesuatu program atau kerja...

2. semasa membawa kereta, sila JANGAN menonjolkan emosi TENSION anda.. kerana... bila anda MELAYAN keTENSIONan anda... maka, KEPALA anda akan membengkak dan rasa macam nak pecah.. so...dalam keadaan sesak macam mana pun..ISTIGHFAR~~ USAH BIARKAN EMOSI MENGUASAI DIRI! ok..

3. selaku penumpang (maksudnya yang bukan PEMANDU lah)... cuba JANGAN menimbulkan lagi kePENINGAN pemandu dengan menGOMEL sorang2 kat tepi tu.. boleh tambah GILA pemandu.. sebaik2nya... istighfar lah juga dan bantulah lihat SIGNBOARD yang kadang2 pemandu sendiri tak dapat nak fokus sebab mengendalika kereta dalam keadaan sesak dan penuh keGILAan manusia mengejar masa~
(jangan terasa na.. wahai sahabatku... sekadar menyatakan sesuatu yang tak dapat nak dinyatakan secara berdepan... heee~)

4.hah! ni memang BEST!!
kami dapat solat kat masjid negara!!! waaa... (ya ALLAH..dah berapa lama aku hidup kat bumi Malaysia ni... barulah tadi dapat solat kat masjid negara! TERUK betul!
yang paling best..kami dah tahu dah..lokasi TV al-Hijrah! (hahahahah....entah2 dah berJUTA2 insan dah tahu dah... macam jakon betul!) sayangnya terlupa nak ambil gambar sebagai kenang2an.. (yelah...tengah berKEJAR dengan HUD untuk ketempat program...)

ok..sampai sini je lah cerita saya ... 

anyway...thanks to Safiyah for accompany me... really appreciate it!

memang penat... tapi melalui MUSAFIR yang agak panjang ni la..dapat juga mengenali Sahabat kita tu bagaimana...dan bak kata pepatah juga... 'Jauh perjalanan ..luas pandangan' --> correct me if i'm wrong..

ok.. 

sambung buat keje sikit..

alhamdulillah..thank YOU ALLAH...

=)

w'salam...


ALLAH.. tiba2 sebelum klik 'publish' aku nak kongsikan sepucuk surat yang dikimkan oleh Salah seorang pemuda yang berasal dari Saudi, Muhammad Salim El-Harbi yang dikurniakan syahid di bumi Syria dalam satu pertempuran dengan askar dan talibarut Basyar di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26 Julai 2012.   (baru terbaca beberapa minit yang lalu)

"Kepada bonda yang tercinta, kepada ayahanda dan sekalian keluarga. Demi Allah! Saya tidak mengharapkan sesuatu kecuali redha Tuhan, bantuanNya buat agama kita, cintakan kepada jihad dan menuntut syahid. Dengan izin Allah, saya akan memberikan syafaat buat kalian semua. Ketahuilah! Bahawa mati itu tidak dapat ditolak sesiapapun walaupun kalian cuba menghalang kematian daripada saya, jika dia (mati) datang maka saya tidak dapat keluar. Ketahuilah! Bahawa jihad itu tidak akan dapat mempercepatkan atau melewatkan kematian seseorang. Firman Allah :(Setiap umat itu mempunyai ajal, apabila datang ajal mereka tidak akan disegerakan atau dilewatkan walau satusaat.)


Wahai ibu! Bersabarlah! Bukannya saya seorang bahkan ramai dari kalangan pemuda-pemuda yang telah mendahului saya ke bumi jihad, dari kalangan mereka ialah Abdul Majid Mohammed, Himad dan ramai lagi. Ramai dikalangan mereka yang memperolehi nikmat di akhirat dan dikurniakan syahid. Ketahuilah wahai ibu! Bahawa kehidupan tidak lagi bermakna buat saya, saya tidak mampu hidup lagi sedang saya melihat umat Islam dihina. Saya juga tidak dapat lagi mendengar tentang kehidupan ini sedang saya melihat saudara-saudara saya mendahului berjihad serta memperoleh syahid. Maka tidak dapat tidak perlu berjihad, maka tiada kehidupan melainkan dengan jihad. Akan tetapi jalan Allah tidak pernah menyempitkan jalan saya kepadaNya."

Ditulis oleh Muhammad Salim El-Harbi.


Allah..Allah... MALU nya daku... ='(

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.