Duhai purnama..
duhai purnama
duhai purnama
yang ku rindui
yang ku cintai
seseungguhnya aku amat malu
menyatakan kerinduan dan kecintaanku padamu
walhal
aku adalah insan yang kau rindui
ya Rasullullah
aku amat ingin berjumpa denganmu
aku ingin menceritakan segala2nya padamu
namun
kau terlebih awal telah pergi
menemui pencipta yang juga merindui dan menyintaimu
aku malu
aku amat malu
duhai kekasih ALLAH
aku malu kerana rinduku
belum cukup untuk aku
meneladani tiap sifatmu yang sempurna
amat tidak layak
untukku melafazkan kerinduanku
ALLAH..ALLAH..ALLAH..
namun
ku tetap berharap
agar aku tidak berputus asa
untuk mengikuti jejakmu
meskipun aku ini bernama Hawa
ya ALLAH
bimbinglah aku untuk terus mengikuti sunnahnya
bimbinglah aku untuk taat segala perintahMu
dan meninggalkan segala laranganMu
kerana..
aku amat MERINDUI dirinya
moga kerinduanku padanya
membuahkan bibit cinta mendalam
buatMU
ampunilah daku
ya ALLAH
kasihi daku
ya Rasullullah
kurniakanlah aku syafaatmu
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?