Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, January 17, 2013

Senyum ye~ ^_^

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
wa 'ala alihii wa sohbihi wa sallim



tatkala hatimu kecewa
tatkala hatimu duka
tatkala hatimu luka
serta berbagai seribu satu
untuk menggambarkan keluluhan jiwamu

satu..
ayuh periksa imanmu..
tanyakan khabarnya?
adakah imanmu turut kecewa, duka dan luka?
lihat solatmu..
adakah sudah khusyuk kau laksanakan?
sudahkah kau benar2 kerahkan agar tulang empat keratmu
melawan nafsu untuk sujud
menghadap Ilahi di sepertiga malam?
periksa ia baik2..
kerana ia mencerminkan hubunganmu denganNya
masakan kau kan merasa kecewa, duka dan luka
tatkala hatimu punya hubungan istimewa denganNya
kau tak kan mampu dikecewakan, didukakan dan dillukakan
duhai hati
PERCAYALAH!

dua..
masihku perlu tanya.
apakah kau miliki jangkauan yang melangit pada insan di sekitarmu?
apakah kamu mengharapkan sesuatu dari mereka melebihi pengharapanmu pada Dia?
ya.. ku tahu.
kau juga manusia biasa
manusia yang penuh salah dan dosa
manusia yang suka menyakitkan sesiapa saja
namun masih jua
manusia yang rindu kasih dan sayang yang ikhlas untuknya
manusia yang mahu diusap belakangnya dan diucapkan sabar
pabila pelbagai yang datang meruntunkan hati..
manusia yang mahu memahami dan difahami
 ITULAH SILAPMU! silapmu dengan pengharapan BASI manusia!

soalku.
BENARKAH KAU MENGHARAPKAN KASIH DAN CINTA ALLAH?

jika ya.. apa PERLUKAH KAU MENGHARAPKAN SESUATU DARI MANUSIA??
apakah kau tidak percaya segalanya dari ALLAH???
apakah kau terlupa bahawa hanya ALLAH yang memberi segala2nya??

Sabarlah sayang.
usah diharap kasih dan sayang ikhlas dari manusiawi
kerana CINTANYA lagi MAHA DAHSYAT untuk kau idami..
dengan cintaNya..kau tak mungkin dapat dikecewakan
tak mungkin dapat dilukakan
kerana...matamu telah tertutup dari memandang segala yang ada di dunia ini
bagimu..dunia ini sekadar debu akhirat yang berlalu dengan pantas
bila CINTANYA memenuhi jiwamu
segalanya akan jadi tenang, indah, penuh sabar

bila tiada CINTANYA
LIHAT LA BETAPA LUKANYA HATIMU!

ALLAHU ALLAH

andai tiada insani yang boleh mengusap, memeluk untuk menenangkan
dalam perasaanmu begitu bercelaru..
setelah puas kamu sujud merintih padaNya;
maka kau usaplah bahumu perlahan-lahan
peluklah dirimu kuat-kuat
dan katakan padanya
KAU ADA ALLAH!
KAU ADA ALLAH!
KAU ADA ALLAH!

Senyum ye
kerana ia ubat buat jiwamu.
senyum ye
kerana di luar sana masih ramai juga yang merintih sedih
jangan ditambahkan lagi kesedihan pada dunia ini
berilah senyuman.

SENYUM YE~ (^_^)




No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...