Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, November 3, 2012

Tenangkanlah dia

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..



pernah suatu ketika dulu
ada insan memilih
sahabat2 hati
lebih dari teman2
atas bimbangnya
halangan yang bakal ditempuh
dalam melancarkan gerak kakinya

pernah dia berkata
"aku amat butuhkan sokongan dari kalian"
dan dia amat benar memaksudkan apa yang dikata
kerana dia sudah dapat mengagak
apa yang bakal tiba
andai sokongan itu
hilang

namun
salah dia
kerana meletakkan harapan sokongan
pada insani
yang bisa melupakan
apa yang pernah didengari

sahabat2 hati yang dipercayai
hilang entah ke mana pergi
terkejar-kejar dia
mncari bayangan mereka

ALLAH
kasihannya dia

harus dia sedar
bahawa yang salah adalah dia!
dia tak seharusnya
meletakkan sahabat2 hati
dalam meraih sokongan
kekuatan

meskipun
dalam jalan yang payah ini
tidak boleh sendiri
dia mengerti yang itu
namun
setiap kali mahu memahami
dia menjadi bertambah keliru

ingatlah
buat insan2 diluar sana
letakkanlah segala pengharapan
TITIK NOKHTAHNYA
HANYA PADA ALLAH

usahlah diharapkan
ada yang sanggup
memapahmu untuk bangun
setelah kau rebah
dan rasa berat untuk berdiri

ALLAH
kasihannya dia

ada yang di depan yang lain
seperti mengambil kisah tentang dia
walhal di belakang
umpama insan yang tak pernah bersua

apa ada pada kisahnya insan
pada dia?

saat akhir
dia masih mengharapkan
segalanya kan indah
untuk dijadikan
kenangan

namun..
HAMPA

namun
 tetap jua dia mahu menyudahkan
apa2 yang telah dirancangnya
buat sahabat2 hati
yang dia sayangi

sabarlah dia

ALLAH..
KAU TENANGKANLAH JIWANYA

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...