Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, September 20, 2012

Bahasa Malaysia ker~>B.M.


Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad
wa 'ala aali saiyyidina Muhammad~



Yup!
menzalimi selawat tu adalah baik untuk saya dan anda!
sekali kita berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w., ALLAH dan para malaikatNya kan berselawat pula pada kita sebanyak 70 kali!

[sedikit catatan nota dari pesanan ustaz Muhsinul Nizhom]


ok.. sekejap je ni..

ni nak sentuh bab Rumah + tangga! (memang sangat direct la cik Ulfah)

ok2.. lembut sikit... rumahtangga..dan semoleknya ku catatkan khusus kepada ayat 'BaitulMuslim'

m..
memang hampir beberapa bulan ni.... dalam facebook la terutamanya nye..(sebab kat situlah terserlah banyak2nya luahan2 hati insan2 tanpa sedar atau pun tidak)

hampir setiap hari...ada je..orang nak meng'kopipasta' artikel mahupun mengarang ayat2 berkenaan alam perkahwinan atau apa2 yang berkaitan...

kenapa cik Ulfah?


TERSENTAK ker?

OOoo...(insyaALLAH) tidak2!
Meskipun, makin hari main lebat pertanyaan orang sana sini termasuk my OWN BIOLOGY MOTHER and FATHER~ ++ lovely lil SIS and BRO.. tak tersentak pun...terSENTAP ade la...=) maaf gurau saja.

maafkan ulfah kerana ayat ulfah tatkala ini kemungkinan besar hampir 90 % tidak formal..

sebagai manusia biasa..tipulah kalau Ulfah sendiri tidak pernah memikirknnya (segan betul dgn ayat ni)

sejujurnya, kalau ada yang perasan ..dalam keHIDUPan..kalau tak silap Ulfah...perkara ni...SANGAT2 JARANG Ulfah naikkan ke dalamnya..

bukan membenci.. jauh sekali

tapi..cumanya...Ulfah menganggap..perkara BAITULMUSLIM ini SERIUS! dan Ulfah sendiri tak mahu jadikan hal ini sebagai NOMBOR 1 di hadapan jalan Ulfah.. (aduhai...bajet bagus betul lah ulfah nii.astaghfirullah)

namun, tidak dinafikan bahawa BM ni.. suatu tingkatan dalam wasilah hidup seorang muslim.. sebuah MARATIB AMAL bagi kita... sedikit 'preview' tentang apa itu MARATIB AMAL...

(jangan malu..jangan segan..sila klik video dibawah.. USAH MALAS!)



dalam video ni..Ulfah jadi terKEDU..terKAKU..terPAKU..terMANGGU... bila membaca ayat..

"...kemudian apabila sudah cukup muwasoffat tarbiyahnya.."

cik Ulfah ..apa tu MUWASOFFAT TARBIYAH pula?


MUWASOFFAT TARBIYAH TU (sefaham Ulfah la...hah...tengok gambar kat bawah nii.)




dan videonya... (bagi menarik sikit) klik2!


dan apabila Ulfah meneliti semua ini...Ulfah sendiri sedar..bahawa terlalu banyak benda yang perlu Ulfah 'counter' dalam diri Ulfah.. sejauh mana...wallahu'alam..

kawan2..semua ni..bukanlah Ulfah suka2 hati ada2kan..dan tidaklah layak ulfah untuk mereka-reka semua ini..

sesungguhnya ...kekasih hati kita (ummat islam) sendiri telah mengajar tentang MRATIB AMAL itu sendiri....

buktinya...LIHAT SAJA SIRAH NABAWIYYAH...

sini Ulfah ada sedutan ilmu dari blog lain..yang penulisannya tidak mampu bagi ilmu ulfah coretkan disini sendirian...

baca ye...

Meneliti Seerah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya.


Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri.
Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah. Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam. Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt.


 * * * * * * * *  **

Kenalilah Tuhanmu...
Perbaiki dirimu..
Ajaklah orang lain..
Dirikanlah daulah islam dalam dirimu..
nescaya..
ia akan tertegak di bumimu..
-as-syahid Hassan al-Banna-

ALLAHU ALLAH..

berat..MEMANG BERAT...
pahit..MEMANG PAHIT..
dalam kita mencapai semua ini...

namun ingat... BERAT & PAHIT itu adalah kerana SYURGA itu terlalu MANIS & MENENANGKAN buat penghuninya.... (ayat yang ditulis acap dibaca kan...namun..itulah HAKIKATNYA!)


kawan2..

dan duhai diri...


cari dan fahamilah MATLAMAT HIDUP kita yang SEBENAR2NYA!
matlamat hidup yang ALLAH letak buat kita yang diizinkanNya untuk melihat alam ini....

*  * * * ** * * * * * * * *  ** *

so..berbalik pada nada dan EMOSI yang terawal... (perempuan kan biasa dengan emosi... tak gitu encik adam sekalian?)

apa yang Ulfah nak tekankan kat sini...
meskipun Ulfah sendiri belum melaluinya


Ulfah nak cakap...

tingkatan berikutnya..selepas usaha kita membaiki diri dalam tingkatan INDIVIDU MUSLIM...
bukanlah sesuatu yang membahagiakan atau mudah untuk dilalui andai tiada persiapan yang baik.

nampak macam BEST...tapi bila fikir2 ...agak menakutkan dengan TANGGUNGJAWAB yang bertambah!

(bukanlah bermaksud Ulfah kata "...dah..tak yah fikir pasal BM ni.." ---> definitely WRONG!

apa yang Ulfah mahu ulang kata...dan ingatkan diri ULFAH! ialah...

USAH LETAK B.M. itu sebagai yang UTAMA! namun ..anggap la ia sebagai wasilah dalam kita membantu kemenangan ISLAM..!ALLAHU ALLAH.... kerdilnya Ulfah untuk menyatakan ayat2 ini..namun..walau pahit..benar tetap perlu dikatakan!


Moga apa yang Ulfah tulis ni..... Ulfah ingat sampai ke mati! ALLAHU ALLAH...

Takutnya ulfah diuji dgn kata2 ulfah sendiri...

ALLAH...

KAU MAHA TAHU SEGALANYA....
KAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

ULFAH HANYA ADA KAMU ..YA ALLAH.. : _ )

YA ALLAH
AMPUNI DOSA2 ULFAH YE...
JUGA DOSA2 MAK ABAH KELUARGA ULFAH
JUGA INSAN2 YANG MENDAMBAKAN REDHAMU...
AMIIN YA RABB...



No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.