Bismillahirrahmanirrahim..
Jauh sekali dalam hatiku untuk meletakkan nokhtah terhadap sebuah perjalanan indah yang Kau kurniakan padaku, hamba yang suatu ketika dahulu tertanya-tanya apakah makna 'itu' semua. Tatkala ini..dalam jangka masa ini... mungkin saja Kau sedang menguji keIKHLASan jiwaku...dalam menempuh jalan itu. Ya ALLAH.. jangan pisahkan aku dari ia sehinggalah maut datang menjemputku.
Pernahkah anda semua berasa resah gelisah dalam sebuah keadaan yang bakal ku gambarkan sebentar nanti? [soalan sebelum pencetus] Pernahkah anda mengalami 'jiwa nak buat apa'? Hadirnya 'jiwa' yang ini bukan kerana anda tiada kerja. Ya, ada kerjanya. Namun, anda seperti tidak mahu menghiraukan kerja2 tersebut. Walau masa banyak 'memotong' anda, namun, tetap akur diri anda tidak tahu berbuat apa. Mungkin kebanyakan anda menyatakan YA, AKU SELALU JUGA HADAPINYA. Namun, jalan ceritaku sedikit ada perbedaan atau sedikit penambahan.
Situasi yang ku alami ialah aku terKEJUT apabila seolah2 aku diberhentikan dari sebuah SEMANGAT yang pernah berKOBAR dalam JIWA. Mungkin juga aku sendiri antara pencetus itu semua. Entahlah. Aku kebingungan. Aku takut akan keHILANGan SEMANGAT itu selamanya. Moga KAU hadirkanlah sesuatu yang dapat menolakku mara keHADAPan agar aku tidak tersungkur REBAH menyembah BUMI dan tidak mahu BANGKIT lagi. JAUHkan aku dari itu semua!
AMPUNI aku ya RAHMAN.. ya RAHIIM..
jangan letak 'nokhtah'...setidak-tidaknya letak sementara waktu akan 'koma' itu. Hayunkanlah sedikit demi sedikit namun jangan sesekali kaku terpaku dalam rentakmu.
ku rindu kata-kata SEMANGAT dariMU ALLAH. kerana untuk mengharapkan ia dari makhlukMU .. aku sendiri tidak tahu apakah TUJUANNYA. APA YANG ADA DALAM HATINYA.
sumber: HAMBA YANG HINA!
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?