Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, March 19, 2011

Dia Yang Amat Ku Sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

ALLAH..ALLAH..ALLAH

Bisa saja hatinya merintih
Tatkala berpisah denganku
Dengan kami
Merenung jauh di tingkap
mengingati kami 
nun jauh di mata
namun
sentiasa bertakhta di hatinya

telah
ku alami
ku rasai
apa yang dia alami..rasai,,,
ALLAH..
sesak
MENYESAKKAN
dan pelbagai lagi
yang mungkin saja
menyebabkan dia mahu melupai semuanya

ALLAH

mungkin saja hajatnya
telah KAU tunaikan

ALLAH..
aku amat merindui dia
dia yang sentiasa ada
tatkala ku bangun dari tidur
tatkala aku mahu naik bas sekolah
tatkala aku pulang
dan banyak lagi
dengan izinMU
dia selalu ada

cuma ada masanya
tatkala dewasa menjengah
aku hampir melupakan dia
walaupun dalam hati
aku AMAT MENYAYANGI dia

saat ini
tiap keadaan yang dilakukan diri
pasti ada bayangnya

kerana dia selalu ada
untukku
untuk kami
tanpa jemu

ALLAH

aku dapat merasakan 
keperitan jiwanya
namun
dia wanita Melayu terakhir
pendam ..sabar
sentiasa sabar
atas dugaan yang menimpa
liku2 hidup
ALLAH..
entah diri ini dapat mengharunginya
atau tidak 
andai perkara yang sama 
perlu kulalui

ALLAH
kuatkan semangat dia

ya
dia KUAT
(dengan izinMu jua)
Moga dalam ujian
saat ini
mampu dia harungi
sebaiknya
bantulah aku ALLAH
agar aku dapat menjadi asbab untuk membantunya

kuatkanlah semangat kami
lembut dan gagahkanlah
\hati dan kudrat kami
dalam memberi semangat 
kepada dia

ya ALLAH..
sesungguhnya dialah insan
yang terAMAT aku sayang
yang telah Kau ciptakan
di dunia ini
moga aku dan kami
dapat bertemu semula
di alam akhirat
yang kekal abadi
apabila dunia ini telah
KAU takdirkan untuk menemui
ajalnya

ALLAH...ALLAH...ALLAH..
moga setiap yang berlaku
punya hikmah yang tidak terjangkau dek akal kami
yang kerdil dan hina ini

moga segala apa yang dia rasai selama ini
adalah kerana kasih dan amat sayangnya 
KAU terhadap dia

berilah dia
saki baki hidup
yang teramat indah dan bahagia
yang tidak terjangkau 
dek akal dan rasa makhluk2Mu
yang hina lagi kerdil
begitu juga dengan
tempat akhirnya kelak
moga tempat yang terbaik
terindah disisiMu
dikurniai ke atasnya
kelak

ALLAH,,,
ALLAH...
ALLAH...



2 comments:

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...