Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, October 12, 2010

Butir-butir pengalaman


Bismillahirrahmanirrahim..



Syukur ku padaMu ya ALLAH, kerana Kau masih beriku peluang untuk hidup di saat ini. Ampuni daku atas dosa-dosa yang ku lakukan ya Rabb. Dosa-dosa sama ada diriku menyedarinya atau tidak. Ampunilah daku, ALLAH.

Pada hari ini aku bersama seorang temanku Farhana, mengutip butir-butir pengalaman melalui pengacaraan sebuah pertandingan yang dilakukan di tempatku. Pertandingan topeng haiwan kanak-kanak namanya.

Dalam hati ketika mendapat bahagian juruacara bagi pertandingan ini; serasa mahu menjerit saja. Namun entah mengapa tidaklah ku rasakan mahu benar-benar menolaknya kerana aku terkenangkan ayat atau kata-kata yang pernah ku dengari daripada seorang ustaz. Jadilah kamu seorang yang berjiwa besar. Andai kamu mendapat peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak biasa kamu lakukan; maka ambillah peluang tersebut.

Sebenarnya, ku fikir-fikir juga kaitannya peluang yang ada di depanku dengan maksud peluang yang dikatakan oleh ustaz tersebut. Aku tertanya juga; adakah peluang jenis ini yang ada di depan mataku, perlu saja ku ambil terus. Hal ini berikutan, pengacaraan pertandingan ini bukanlah jenis Islami.

Akhirnya, tetap ku sahut peluang ini. Ku katakan pada diri, bila lagi kau akan dapat peluang mendapat pengalaman sebegini. Moga ada kebaikannya walaupun ada sebahagian hatiku seperti menidakkannya. Ampuni daku duhai cinta yang ku damba.

Terus-terang, aku bukanlah insan yang biasa dalam hal-hal pengacaraan sebegini walaupun dalam bentuk semi-formal. Hari ini merupakan kali pertama aku bersama seorang temanku menjadi juruacara bagi peringkat institut tempat kami. Astaghfirullah. Malu sungguh namun tetapku tebalkan muka berikutan tiada lagi yang sanggup untuk mengambil tempat ini.

Ku ucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong serta memberi respon yang baik kepada kami sewaktu kami menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Andai kalian membisu seribu bahasa pastinya kami terasa amat dan bertambah-tambah janggal di atas pentas itu tadi. Syukran~ Maaf atas salah silap yang kami lakukan. Kami budak baru belajar.

Ku ucapkan tahniah kepada unit PISMP PSV atas kemenangan kalian. Begitu juga tidak ketinggalan unitku sendiri yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan hari ini dengan tajuk drama pementasan, 'Alis di Alam Fantasi'. Tempat ketiga telah dimenangi oleh unit Kajian Sosial 2.

Syafakillah ya Adilah.. (ku tujukan kepada 2 adik junior ku yang bernama Adilah. Adilah Binti Kamal Azizi dan Adilah Binti Md Shah) Moga ALLAH menyembuhkan kalian berdua. Demam juga makhluk ALLAH yang hadir atas perintahNya. Mungkin saja sebagai penyembuh dosa atau hadir dalam menguji keimanan kalian. Moga kalian tabah!

Jam 9 malam ini akan diadakan pembubaran AJK PGPI yang lama berikutan pengerusinya bakal berundur tidak lama lagi. Sudah mahu menjadi ahli alumni nampaknya. ---> kata-kata yang selalu Dilah ucapkan di depan mereka. (^_^)

Apa-apa pun, ku doakan moga pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK PGPI yang baru dapat merancakkan lagi jalan dakwah dalam kampus ku yang tercinta. Ya, ku sayang kampusku. Sayangku keranaMu ya Rabb. Moga ku ikhlas dalam menyatakannya.

Sampai sini saja entriku kali ini. Aku perlu siap siaga untuk ke majlis pembubaran AJK pada jam 9 malam ini. Moga segala berjalan lancar. Amiin ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.