Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, September 16, 2010

Tudung Itu Menjaga (thanks to kak ummi!)

Bismillahirrahmanirrahim..

Oleh kerana saya rasakan artikel tulisan seorang kakak favourite saya ini wajar dibaca dan dikongsi bersama yang lain, maka saya mulakan kerja 'copy' dan 'paste' ia dalam keHIDUPan. Bacalah. Tak rugi. Anda akan rasa benar-benar terkesima dengan penulisannya yang sangat berterus-terang. Apa pun kak ummi, saya sayang akak! MSN Onion Emoticons

saya tak tahu kenapa.

mungkin keji, tapi jujur itu perkara memalukan.

kalau kamu tahu kamu berbadan "SIHAT" kenapa begitu berani mempakai baju ketat?


T__T rasa nak menangis merayu dekat wanita-wanita semacam ini.


kenapa tidak pernah memandang islam itu sebagai suatu keindahan yang suci murni dan hakiki?


saya yang malu merona.serta merta kotak ingatan menerpa ke zaman jahiliah dahulu.saya mentertawakan mereka sama seperti saya mentertawakan diri saya.kamu tahu kenapa wanita ini BERDEGIL untuk mempertontonkan segala miliknya?


saya ada jawapannya.pertama, kerana kamu wahai LELAKI.mereka MENGGILAI semua KEMAMPUAN kamu.apanya?wibawa dan harta.


kedua, KEBEBASAN.kebiasaanya mereka yang ghairahkan kebebasan berasal daripada keluarga yang bermasalah.kurang kasih sayang.kurang pendidikan.menderu gelojak hati menginginkan sebuah erti BEBAS.maka ia memilih untuk santai berseluar pendek dan tshirt ketat.tiada kekangan.tiada batasan.sebab mereka sebenarnya FAHAM, tudung ini bakal menyekat segala pergerakan.

kenapa saya tidak bertudung dulu?


bukan tidak tahu, tapi kerana saya tidak PERNAH faham kenapa perlu bertudung.

tapi kalaulah kamu tahu, kamu begitu manis dalam tudung tersebut.

kalaulah kamu faham, kamu begitu indah disebalik penyembunyian tersebut.


dan kalaulah kamu BIJAK menghargai siapa diri kamu.

tidak mungkin kamu biarkan diri kamu terdedah kepada petaka-petaka yang mengaum.

seperti yang pernah saya bicarakan pada diri saya.


"ummi, kamu itu umpamanya seekor AYAM GORENG yang segar, rangup dan enak.direbut-rebut oleh semua penyantap.jadinya, kamu harus MENUTUPnya rapat-rapat supaya tidak sewenangnya dicubit-cubit, dikuis-kuis, dicarik-carik tanpa keizinan.kenapa?kerana kamu akan mengecewakan penyantap kamu yang akan hilang kemanisannya.siapa mahu mengutip sisa-sisa lalat?yah kan?"


orang rajin benar tanya ummi.


"macam mana boleh berpurdah?"

saya kadang jemu menjawabnya, saya mahu belajar beradab sesama manusia.

"kehendak Allah, meringankan hati pendosa macam saya"

"kenapa berpurdah?"

"sebab saya mahu MENJAGA tingkah laku, kalau dulu HUHA HUHA kini dah pandai menyimpul senyum saja.kalau dulu menghentak kaki sesuka rasa, kini dah mahir mengatur langkah menjadi WANITA.kalau dulu menghambur seranah, kini dah bijak mengawal segala kata-kata"


you see wanita?


betapa terhimpunnya segala kebaikan disebalik sarung kepala?sarung muka?sarung kaki?

kamu dipuja kerana kamu memegang teguh agama bukan kerana PEHA!

kamu berharga kerana kamu menjaga MARUAH bukan kerana HARTA!

tolong kasihani penaung kehidupan kamu kelak.....jangan biar mereka hilang HAK ISTIMEWA!

ada masa, saya berniat menjaga diri saya kerana mahu memberikan yang super terbaik buat "sunan" yang terpilih.


prinsip saya.

jangan buat biasa-biasa.

berbuatlah hal-hal LUARBIASA.

tidak salah kamu memakai baju ketat.

tidak juga salah kamu rebonding rambut.

tidak salah kamu bercelak berhias bermekap.

tidak salah kamu teringin menunjuk betis dan peha.

malahan itu ibadah.

untuk mereka yang BERHAK memiliki.

dia akan puja kamu sampai gila.

kerana kamu menjadikan dia cukup ISTIMEWA.

dengan MENJAGA SEGALA-GALANYA.


percayalah, lelaki suka berkuasa kerna dia dipunyakan Tuhan sebuah ego.

maka untuk kamu juga, dia suka BERKUASA MEMILIKI TAKMAHU BERKONGSI.

dalamilah mereka.

dan hayatilah erti wanitamu.


percayalah.

kamu terdedah untuk dipuja SEMUA.

tapi sebenarnya kamu sunyi dari BAHAGIA.

maka, bungkuslah dirimu dengan pakaian MULIA.

jilbab yang melepasi paras dada.

kain longgar yang selesa.

kamu akan dipandang dari sisi yang membuahkan segan.

bukan sisi serakah nafsu yang terbeban.


Sumber:emosi-gila.blogspot

1 comment:

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.