Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, June 14, 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Mak Abah! (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Semalam merupakan Hari Ulantahun Perkahwinan Mak dan Abah yang ke-23! Tahniah Mak..Abah... Moga mak dan abah bahagia dunia akhirat.. Along sayaaaaaang mak abah!

Onion Icon

Semalam kami makan di RasaMas dalam Jaya Jusco Bukit Tinggi. (Hehe..abah belanja).. Mak dan saya pula belanja beli kek. Kek Tiramisu! Tapi versi besar sikit berbanding masa beli saja-saja untuk makan.

Sebenarnya, pada mula nak makan di salah sebuah restoran kegemaran kami di Sijangkang. Sayangnya apabila sampai, ada tempat duduk tapi meja kecil. Melihatkan kuantiti kami yang agak ramai(6 orang) jadi kami berkeputusan untuk menukar tempat makan kami. Mula-mula abah nak ajak makan Kenny's Roager, bila datang dikhabarkan ayam sudah habis. (kelakar pula..tiba-tiba banyak yang sudah tiada)

Ingatkan nak pergi ke Kenny's Roager di Klang Parade. Ditakdirkan akhirnya ke RasaMas apabila hendak menunggu kami (saya dan mak) yang nak membeli kek. Apa-apa pun, kami gembira semalam. ALHAMDULILLAH~ Terharu... Tak tahu nak gambarkan bagaimana. Inilah saat yang menjadi memori yang indah dan pastinya susah untuk pudar.

Teringat saya untuk Hari Ulangtahun Perkahwinan mereka tahun lepas. Kami makan di sebuah kedai makan yang selalu kami pergi. Hafiz Tomyam. See, I still remember!

Ya ALLAH..
Kau pupuklah kasih sayang
saling memahami
saling menghormati
salng bertolak ansur
antara kami..
keluarga tersayangku

Sesungguhnya segala kasih
dan sayang
hanyalah dariMu
Tuhan yang
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

amiin~

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.