Didiklah dengan penuh kasih sayang namun. Namun jangan lupa tegas mu. Inilah pengajaran yang kudapat daripada ceramah yang dipasang oleh sebuah radio perihal mendidik anak-anak.
Anak-anak yang dididik dengan kasih sayang, mudah mendengar kata ibu bapanya. (Namun perlu bijak untuk tidak melupakan ketegasan apabila tiba masanya)
Ya, aku sangat bersetuju. (Tapi tidak tahulah bagaimana caranya aku kelak. Moga yang terbaik dapat kulakukan)
Sekadar pendapat manusia yang belum punya rumah dan tangga apatah lagi penyerinya.
Anak-anak yang sentiasa dididik dalam suasana ketegasan atau lebih tepat dan agak kasar bunyinya, 'GARANG', anak pun jadi garang juga. 'Takut' mengatasi rasa hormat. Tidak bijak bergaul. Namun ini sekadar pendapat yang masih boleh disanggah. Banyak faktor pula yang boleh membantu anak tersebut daripada mendapat mpak-impak yang negatif kesan daripada suasana pembesarannya yang GARANG itu. Terkadangku rasa, suasana seperti ini tidak membantu anak-anak mengilap kebolehan dan kelebihan yang ALLAH kurnia. Kena marah selalu. Bagiku akan membantutkan pemikiran mereka! Perasaan mereka bisa sentiasa jadi resah. Aduhai ibu dan bapa.
Anak-anak bisa menjauh darimu.
Jangan salahkan mereka andai tiada cerita dan rahsia hati yang bisa dikongsikan bersama kamu. Mungkin tatkala kamu marahi mereka, mereka sebenarnya mahu bercerita tentang kesukaran yang menimpa diri mereka. Namun, tidak dapat diluahkan kerana kalian juga yang menambahkannya.
Aduhai...kenapa pula lah aku tulis tentang semua ini. Mimpi apakah aku ni?
Biarlah. Mungkin juga sebagai peringatan untuk diri.
ok.Setakat ini saja. wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?