Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, May 15, 2010

FOKUS ye..

Bismillahirrahmanirrahim

Allah..
Indahnya bersahabat keranaMu.
Bertemu dan berpisah keranaMu..

(perasaan setelah check-out dari bilik penginapan sementara ^_^)

*****************************

Alhamdulillah.
Semalam genaplah usiaku menginjak ke angka 22 tahun. Ulngtahun lahir yang seterusnya dalam bulan 9. 27 Ramadan. Pada ulangtahun lahir kali ini, Allah telah memberiku perasaan atau suasana yang ceria dalam diri. Perkara yang paling aku ingat ialah nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Kamu' dan 'Selamat Hari Jadi' yang dinyanyikan dalam 3 versi bahasa dalam bilik JPP. Terharu. Terima kasih kawan-kawan.

Walaubagaimanapun, aku harus juga mengingatkan diri. Muhasabah diri. Dalam tempoh masa 22 tahun yang ALLAH kurniakan ini, sudah berapa banyak amal kebaikan yang telah dilakukan. Itu belum termasuk lagi yang mana ikhlas dan yang tidak. Makin bertambah usiaku ini maka makin pendeklah perjalanan hidupku di dunia ini. Entah bila TUAN ku nak ambil diri ini? Maksudku tidaklah aku mengharap atau meminta mati tu. Cuma nak ingatkan diri yang mati itu sangat dekat.

Aduyai..

Diri pula sibuk dengan hal dunia. Sibuk dengan pandangan mata manusia. Sibuk dengan melayan nafsu yang menyenangi pelbagai hal yang menjauhkan kita dari Dia yang Maha Esa.

Astahgfirullahal'azim.. (apa yang ku katakan ini nak ingatkan diri ini juga..Ish! Diri..diri)

Sampai sini saja celoteh diri yang penuh kekurangan ini. Saya nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua warga kampus yang sekarang ni mesti sedang asyik menelaah buku sampai dibawa ke alam mimpi.

Hei, diri! Jom, FOKUS kan dirimu! Ingat, peperiksaan ini juga amat penting bagimu.

ALLAH.. sucikanlah hati2 kami. Lapangkanlah dada kami. Luaskanlah pemikiran kami. Moga kami mudah menerima ilmuMu. Amiiiin~


No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.