Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Sunday, March 28, 2010

Pesta Buku Oh Pesta Buku.. ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya dapat juga broadband ku menangkap line internet berwarna biru.. Maksudnya internetku sedang laju ni.

Pada entri ini (sebelum bersiap-siap ke forum Ketuanan Melayu di Kolej Mara Seremban), aku sangat bersemangat ingin menceritakan pengalaman hari Jumaat lepas (26 Mac 2010). Pelbagai kisah dan emosi dapat aku rasakan pada hari itu. Onion IconsMSN Onion IconsOnion IconMSN Onion Emoticons

Setelah bertungkus lumus menyiapkan dua tugasan untuk dihantar kepada pensyarah, aku bersama-sama Farhana dan Suria pun keluar bagi memebuhi perancangan kami. Nak tahu kami ke mana? Semestinya Pesta Buku di PWTC! Jam dah pun menunjukkan 1.00 tengahari masa kami keluar. Pati orang lain kata, "Kenapa tak pergi hari Sabtu ke? Hari Ahad ke?". Haha.. Jawapannya senang. Kami ingin menumpukan perhatian terhadap tugasan-tugasan bagai gunung berapi yang nak meletus! Aduyai...

Kami sampai dan masuk ke dalam PWTC dalam jam 3.30petang. Fuh, memang jauh perjalanan kami. (Tapi tak sejauh perjalanan ke rumah ku..^_^) Selesaikan perkara tuntutan wajib kepada Dia (ampun kerana kelewatan itu). Aku yang tak sempat nak ambil duit di Seremban, terpaksa beratur panjaaaaaaaaaaaaaaaaaang (hiperbola sikit) untuk ambil di CIMB dalam PWTC tu. Herm.. Nasib baik kesabaranku masih ada (walaupun masa bagi kami berada di sana singkat). Tapi aku rasa sangat gembira masa beratur tu sebabnya aku berjumpa dengan kak guard yang pernah menjaga institutku di Seremban! ya ALLAH... Patutlah mcam pernah ku lihat wajahnya itu. (Sama juga reaksi kakak itu terhadapku). Wah, tak sangka aku. Rupanya dia ini golongan pelajar universiti. Patutlah, sepanjang masa (yang dapat ku melihat dia) ketika dia masih menjadi pengawal di sana; sentiasa ada senaskhah buku dalam tangannya. Bukan sebarangan buku dibacanya.

Setelah itu aku berlegar-legar mencari sahabatku yang ke tandas. Puas aku mengelilingi kawasan bawah pesta buku tu. Entah berapa banyak panggilan untukku ditolak. Panggilan untuk membeli barangan mereka. BENCI SUNGGUH!! SUKA MEMAKSA! BUAT DIRI AKU RIMAS! Ish. Rupa-rupanya, sahabat-sahabatku sedang dikawal 'ketat' oleh seorang kakak yang menjual ________. Aduhai. Kak, kalau orang dah tak nak beli; boleh tak jangan paksa! Geram juga ku dengar cerita dari adik-adikku ni. Cara kakak tu memaksa memang membuatkan hati geram juga.

M...nampaknya jam dah menghampiri 7 pagi. Aku perlu bersiap siaga ni. Nanti aku sambung balik cerita ye. Memang bersemangat ni. Memang terjadinya satu kejadian yang tak disangka-sangka! Nak tahu apa? Tunggu~Onion Emoticons

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.