Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Wednesday, December 2, 2009

1 Disember 2009

blogger-emoticon.blogspot.comAssalamualaikum~

Apa khabar diri hari ni? Harapnya agar diri sentiasa ceria dan bersemangat dalam menempuh setiap saat yang dikurniakan Ilahi..

Hari ni saya nak cerita perihal jalan-jalan saya dan keluarga ke Melaka semalam. m.. cuma dapat pergi sana je masa cuti sekolah ni (bagi jalan2 tahunan- lebih tepat bahagian ke-2 dalam setahun).
Pada mulanya parents rancang nak pergi sana tengok taman burung, taman buaya ( seram plak
blogger-emoticon.blogspot.com) dan banyak lagi la..termasuk kalau dapat nak lawat rumah tok sedara kat sana. Alih2, tiba2 sehari sebelum nak pergi tok uda (tok sedara yang nak kami lawati) telefon.. Beliau berkata bahawa beliau berada di Padang Jawa. Hantar kereta kepada anak. Nak dipendekkan cerita, tok uda pun ikut kami bersama-sama ke Melaka.

Sampai je ke Melaka, kami pergi rumah dia kat Taman Permai ______ tak ingatlah! Rupa2nya, tok uda sekeluarga ada membela kucing _______ (m..tiba2 tak tahu jenis apa pula kucing tu) Kucing Siam kot.. yg bulunya tebal2 tu. 3 ekor. haha~ bila dua ekor kucing jantan itu bertemu dengan kewujudan seekor kucing betina, tiba2 mereka bergaduh! (habis, banyak bulu2 kucing bertaburan kat dapur tu..nasib baik tok uda cepat2 leraikan. Kalau tak mungkin salah seekor dah mati dah)blogger-emoticon.blogspot.com


Sebelum berlepas ke port seterusnya, kami diajak makan oleh tok Uda kat luar (sebab kami tak nak susahkan beliau sekeluarga..hehe~) Subhanallah..angin dari pantai kuat berhembus.. Mula2 datang tu, sepoi2 bahasa.. Bila dah habis makan, angin makin kuat.. Best! Nasib baik la tak diterbangkan angin..

Port seterusnya kami berlepas ke rumah alang rasyid (panggilan yang dipanggil oleh atok..*atok dalam cerita saya sebelum ni..beliau ikut juga..yela, dah tinggal dgn kita orang)

Alang Rasyid ni merangkap juga sebagai Onyang saya dan adik2.. (waa..kami ada Onyang lagi).
Kali pertama jumpa beliau, saya rasa senang. Air muka yang tenang. Nak tahu.. umur Onyang dah masuk angka 85! Namun, (alhamdulillah) Onyang kelihatan sihat. Bekas polis la katakan..blogger-emoticon.blogspot.com .. Borak2.. Rupanya tahu.. beliau bukan Onyang betul pun.. xpelah.. Onyang tetap Onyang..

m..ni la antara poin yang saya nak highlight kat sini. Saya dan adik (angah) tak tahu sebab apa.. Kebanyakan gambar Onyang yang kami tangkap, seperti ada cahaya disekelilikh tubuhnya. Abah kata,mungkin sebab dia pakai baju warna putih. (setepatnya t-shirt putih lengan panjang) Entahlah, saya dan adik banyak juga tangkap gambar Onyang dari banyak sudut. Tapi, sama juga. Seperti ada cahaya di sekeliling beliau. (tiba2 terfikir *berdasarkan apa yg abah ckpkan* mungkin juga bajunya itu dibasuh dengan pencuci pakaian putih dalam iklan TV kot..berkesan sehingga bercahaya) haha~ akal pelik dah keluar!

Namun, kuat di dalam hati menyatakan.. Mungkin dari peribadi serta amalan2 yang dikerjakannya. Dari dalam terbit bercahaya diluarnya~ wallahu'alam..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Selepas melawat rumah Onyang.. hantar angah ke KUIM. Dia terlibat dengan pengendalian festival sukan antara KU. Moga sukses!

Makan malam di PD.. dan terus balik ke Klang..

haha.. konklusinya. Tiada sebarang taman2 terlibat dalam perjalanan satu hari kami ke Melaka.
blogger-emoticon.blogspot.com xpe.. Kami rasa sangat gembira dan bersyukur dapat berjumpa dengan saudara mara kat sana.. Bak kata mak"... dapat 'mengurutkan' silaturahim..." *tersasul* "...mengeratkan hubungan silaturahim antara kita dengan saudara2..." Tambah mak lagi.. "...bila lagi lah nak dapat jumpa. Kita bukan boleh tahu umur kita sampai bila..."

m.. nak tulis juga.

Saya rasa agak terkilan dengan satu program yang ingin saya sertai *tapi rasanya memang x dapat*. Ya, saya akui. Mungkin juga kerana pemberitahuan perihal keinginan saya untuk menjadi fasi bagi kem itu agak lambat. Namun, tiada sebarang penerangan jelas yang diberikan kepada saya. Hal ini membuatkan saya tertanya2. Mula2 mesej dengan seorang kakak ni. Lama tu..baru dibalas mesejnya dan menyatakan supaya saya berhubung dengan person in contact. Saya pun mesej la kakak tu, seperti akak sebelum ni.. Lama juga tunggu. *xpelah..POSITIF..POSITIF* Dia balas.. Nak diringkaskan.. Kami adalah juga balas2 mesej nak beritahu dan nak tahu sera sedikit maklumat yang diperlukan agar mudah saya ke tempat yang perlu pergi *memang lama.........tunggu dia balas!* tapi xpe.. dia kata dalam 3 jam dia tak balas ..kata ada kelas. consider oklah..

Malas nak sakitkan hati.. Lepas dah beritahu nama penuh dan tempat saya belajar..LANGSUNG DIA TAK BALAS!! Saya fikir mungkin dia dah kehabisan kredit. Saya pun call lah dalam jam 9.00malam *sebab xnak la ganggu dia masa Maghrib & Isyak* beberapa kali. Tak diangkat! Herm..rasa ni..lebih kepada kecewa bukannya marah. Agak terkilan. Kalau ye pun, saya mungkin tak boleh join aktiviti tu *secara tiba2.. sbb masa petang smlm kata 'dialu-alukan'*.. sekurang-kurangnya beritahulah. Jangan lah buat kita tertunggu2 dan tertanya2. Mujaddid.. saya dah contact mereka, tapi yg dapat hanya respon yg negatif.

Ingin sekali saya nak cari pengalaman menjadi fasi. Walaupun rasa berdebar2, *sebab kali pertama* namun nak juga cuba. Hampa~

Abah memang tak beri keizinan nak join program kat Pulau Pinang. Yelah.. jauh.Saya perlu juga mengerti kerisauan mak abah. m..bukan senang abah nak beri keizinan nak join program yang sekarang sudah ada dijalankan dalam Selangor. Bila dah dapat.. Macam ni pula jadinya. Kecewa amat!

Saya ingin join program ni. Saya nak menambahkan kenalan saya. Saya nak jalinkan ukhwah dengan saudara sesama Islam. Ingin terlibat dalam agenda yang belum saya ketahui. Bak kata seseorang tu, "...program di sini (PP) kecil ja..."

xpela..mungkin ALLAH x izinkan lagi untuk saya sertai semua tu hinggalah tiba satu saatnya nanti. Mungkin tatkala ini, ada sebab musabab yang akan menyusahkan atau menyulitkan mana2 pihak..blogger-emoticon.blogspot.com

Apa2pun.. POSITIF! InsayaALLAH..akan Positif! Itu saja. Jumpa lain kali~ w'salam.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.