Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, November 24, 2009

Pembaratan Terancang

Kali ini saya ingin kongsikan bersama kawan2 mengenai satu artikel yang saya rasakan saya dan anda perlu tahu. Perkara ini berkaitan dengan strategi pembaratan yang dilakukan oleh ornag bukan Islam yang ingin melihat kehancuran agama yang kita cintai ini..ISLAM. Mari kita baca. Sekurang-kurangnya kita tahu dan seandainya wujudnya strategi tersebut dalam kehidupan kita, mungkin juga kita semua dapat mengurangkan dan lama kelamaan meninggalkannya terus. insyaALLAH..~

*sebagai peringatan diri yg jahil ini juga..

Strategi Pembaratan Terancang

Antara strategi pembaratan terancang yang mereka lakukan, yang Pertama adalah menghalangi tertegaknya kesatuan umat Islam dengan menanam fahaman kedaerahan dan kebangsaan.

Kedua, sistem pendidikan dualisme, iaitu memisahkan antara ilmu dan pemilik ilmu yakni Allah swt. Strategi ini merupakan tombak beracun yang menghujam ke dalam diri umat Islam.

Ketiga, melaksanakan sistem riba dalam ekonomi dan menghancurkan keberkatan harta kekayaan umat Islam.

Keempat, menutupi undang-undang Rabbani yang tercermin dalam syariat Islam, dan memaksakan undang-undang buatan manusia yang meruntuhkan akhlak dan menghancurkan kekeluargaan.

Kelima, merosakkan sendi-sendi kekeluargaan, merobohkan nilai-nilai sosial, mendorong masyarakat agar menerima nilai moral yang serba boleh dan terpecah belah, serta menghancurkan keperibadian manusia.

Keenam, memecah belahkan kawasan Islam dan menanamkan unsur-unsur asing di jantungnya.

Ketujuh, menuliskan sejarah Islam berdasarkan sudut pandang Barat yang berniat jahat dan materialistik.

Kelapan, menenggelamkan jiwa dan hati umat Islam dengan kekayaan dan kemewahan serta mematikan harapan umat Islam dengan kemiskinan dan kebuluran.

Kesembilan, menyebarluaskan semangat kebendaan, diawali dengan teori Darwin sebagai pintu menuju atheisme, menuju kepada penanggalan kesempurnaan Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh dan sempurna.

Kesepuluh, merobek rasa kecintaan dan ukhwah sesama umat Islam sehinggakan umat Islam saling bertelagah dan berburuk sangka. Akibatnya umat Islam tidak mampu bersatu hati dan membawa satu suara yang padu dalam mempertahankan maruah dan hak milik umat Islam.

Kesebelas, mematikan bahasa Arab, kerana ia adalah bahasa Al Quran.

Kedua belas, memprovokasi kepada dunia dan Umat Islam bahawa golongan yang memperjuangkan Islam yang sebenar sebagai golongan pengganas dan merbahaya kepada dunia.

Ketiga belas, menaja pelbagai fikrah dan pemikiran Islam yang palsu dan memesongkan umat dengan kefahaman Islam yang sebenar, seperti pemikiran liberal, pluralisme, materialisme, positivisme, eksintensialisme, hendonisme dan lain-lain lagi. Akhirnya pemikiran ini dianuti oleh umat Islam dan meluaskan lagi perpecahan di kalangan umat Islam.

Keempat belas, memisahkan peranan Islam dalam aspek pembangunan ekonomi, politik, perundangan, kenegaraaan, akhlak kemasyarakatan, pengurusan dan pentadbiran, serta menyerang aqidah dan nilai-nilai yang di bawa Islam dalam hal-hal tersebut.

Kelima belas, menyuburkan perpecahan dan permusuhan di antara agama-agama dan ras-ras manusia.

Saya sarankan anda untuk membaca artikel ini selanjutnya melalui link ini..

http://www.haluantarbawi.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=273:pembaratan-di-dunia-islam&catid=32:wahai-diri&Itemid=91

Sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.