Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, August 4, 2009

Tanggungjawab..!


m.. setelah bermulanya perananku dalam tanggungjawab yang sedangku pikul tatkala ini mengingatkatkan aku mengenai kata2 manusia yang selalu juga aku baca... lebih kurang macam ni la..(kalau salah betulkan ye)..

' Tanggungjawab kita sebenarnya melebihi masa yang kita ada'

Jadualku memang agak padat waktu ini. Ditambahkan lagi dengan tarikh pameran Sains yang bakal tiba tak lama lagi. Banyak perkara yang kadangkala aku terlepas pandang dalam melaksanakan tugasan sebagai setiausaha. Perlu banyak membaiki diri lagi. (segan pula bila diperkenalkan dalam mesyuarat lalu. Walhal aku ni bukannnya ada apa2 yang istimewa pun..herm..)

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Mengenai usrah yang berada di bawah lajnahku, DATAR.

ALHAMDULILLAH.. minggu lepas sudah dapat dijalankan bersama-sama adik baharu (PPISMP Ambilan Julai 2009). Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun bermula agak lambat disebabkan pembahagian kumpulan yang baharu dibuat. Kumpulan Asiah, Siti Khadijah, Fatimah Az-Zahra, Masyitah, Zainab, Ummu Aiman, Siti Aisyah, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Halimatul Saadiah, Saiyidah Aminah dan Ainul Mardhiah. Moga ikatan antara kami makin erat dari hari ke hari..InsyaALLAH..

Sebenarnya..sejujurnya aku nak cakap yang aku masih rasa lagi perasaan 'tak layak' tu. Ditambahkan pula lagi budak2 baharu kali ini ada unit Pendidikan Islam, kerdil je aku rasa diri ni. Apalah aku ni, beri semangat kat naqibah lain tapi diri sendiri yang lemah. Astaghfirullah.... untuk usrah minggu ni pula, serba salah pula aku dibuatnya. Yelah, waktu usrah kami pada malam Rabu ni akan diadakan ceramah dan sambutan 'Nisfu Syaaban'. Sememangnya, tiadalah usrah pada hari Rabu ni. Namun, ada junior seorang ni seperti beria-i nak minta aku jalankan. herm.. bukanlah aku tak mahu adakan pada hari lain, namun pada hari lain sudah ada pun aktiviti yang akan dijalankan di BAIS juga aku khuatir akan mengganggu jadual pelajar-pelajar lain. Herm.. (mungkin sesetengah oran akan kata.. tidak patut ada alasan) Namun, kalau aku jalankan juga semua ni pada waktu yang tak sesuai dan sperti amat mengganggu pelajar lain yang sedang menggila dengan tugasan masing2, khuatir mereka yang datang terasa amat dipaksa dan tidak rela.

Lagipun, bagi aku kerja yang dilakukan secara terburu-buru selalunya pasti akan mendatangkan kucar kacir nanti.. entahla..(moga ni bukanlah datangnya dari bisikan musuh yang 'nyata')

m.. berkaitan pula iklim persekitaran dunia sekarang. Ambil skop kecil, di IPGMKRM ni pun dah cukup. Semakin ramai yang ku lihat sakit. Ramai juga yang demam ni. herm.. risau aku. Lagi2 kawan-kawan seunit aku yang panas badannya juga ditambah batuk2. Ish, RISAU lah..
Moga mereka cepat sembuh..InsyaALLAH, makbul. Alhamdulillah, aku masih sihat lagi.

Dikesempatan ni juga aku nak calitkan tentang kehadiran aku bersama keluargaku ke KONVEK HPA '09 tempohari ( 25 Julai 2009 ). Ini merupakan kali pertama kami menghadiri majlis tersebut. Alhamdulillah.. meriah juga suasananya. Dapat juga akhirnya aku melihat pengurus besar HPA. Majlis ni turut dihadiri oleh ahli2 HPA yang berada di Indonesia dan Thailand. Moga HPA akan terus SUKSES di masa hadapan..insayALLAH..~ makbul.

Tiba-tiba rasa nak senaraikanlah antara aktiviti atau program yang bakal aku lalui tak lama lagi:

10 Ogos 2009 - Pameran Sains 2009
17 - 21 Ogos 2009 - Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
3 September 2009 - Pembetangan Laporan Pameran , Post Mortem Pameran
Ogos/September 2009 - Bina Insan Guru (B.I.G)


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
(ketawa sekejap--> nak hiburkan hati ini..hehe)

Moga aku dapat menguruskan masaku sebaiknya.

Ish..terasa masih belum dapat untuk mendisplinkan diri untuk benar-benar mementingkan apa yang penting terlebih dahulu. Perancangan jadual yang dirangka kadang2 tidak berhasil; senang cerita tak dapat diikuti sebaiknya. Ish3x.. Bantu diriku ..ya ALLAH...

Tatkala ni terpandang aku pada 3 soalan yang aku tampal pada 'board' merah depan aku ni..

1. dari mana aku datang?
2. untuk apa aku hidup?
3. ke mana aku akan dikembalikan?

Soalan2 yang sepatutnya aku jawab setiap masa. (sudah terjawabkah?)



(ya ALLAH..jauhkan daku dari sifat munafik lagi fasik)

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.