Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, June 22, 2009

Putuskanlah Ia Sebaiknya..



Alkisah bermula di dalam sebuah kereta tatkala sedang menyusur sederhana laju di atas jalanraya..~

Mak : m..nak makan mana along?
Along : sukahati.. along ikut je..
Mak : Idah?
Idah : Ikut je..
Along : Abah..kita nak makan kat mana ye?
Abah : Eh,tanya abah ko? Sukahatilah..mana-mana pun boleh.
Mak : So..along nak makan mana?

Akhirnya, soalan itu kembali kepada si along..~

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


kelakar juga bila ingat balik bab kehidupan yang ini sebabnya setiap kali soalan ini muncul yang menjadi pemutusnya ialah saya.

Perkara yang ingin saya tulis bukanlah berkaitan pemilihan tempat makan. Namun inilah antara situasi asas dan permulaan bagi seseorang itu belajar untuk membuat keputusan. Apa yang dapat difikirkan tatkala ini, hidup kita ini sebenarnya penuh dengan keharusan untuk membuat sesuatu keputusan yang selalunya melibatkan antara pemilihan yang sedia ada. Selalunya, seseorang atau sesebuah komuniti itu pasti akan memilih keputusan yang bagi mereka adalah terbaik.

Terlintas di hati..

Adakah benar-benar sesuatu keputusan itu adalah yang terbaik untuk diri?
Sejauh mana keputusan itu adalah merupakan keputusan yang terbaik?
Apakah yang menyebabkan keputusan itu menjadi yang terbaik?

Setiap orang mempunyai cara pemikiran tersendiri dalam memandang sesebuah pemilihan. Ilmu yang dimilki dan suasana pembesaran seseorang menjadi antara faktor utama dalam pembezaan keputusan.

Sebenarnya diri ini risau, bimbang, takut jika keputusan yang diambil adalah satu keputusan yang salah. Khuatir akan memudaratkan orang lain apatah lagi diri sendiri. Khuatir akan menjejaskan diri baik dari aspek iman, akhlak dan sebagainya untuk berada dalam jalan yang benar untuk memperolehi keredhaanNYA.

Seingat yang pernah saya baca..

HIDUP ADALAH UNTUK MEMPEROLEH KEREDHAAN ALLAH.. mardhatillah (betulkan saya andai saya salah)

m..banyak cabarannya..

Bukan sahaja syaitan yang tak nampak.. malahan syaitan yang nampak bergerak depan mata pun amat BAHAYA!
Nafsu yang AMAT DEGIL yang berada dalam diri..!!

Segala-galanya yang diatas merupakan MAKHLUK Tuhan yang perlu sekeras-kerasnya ditepis dan dikurung dalam besi mujahadah yang TEGUH!
(seperti yang pernah aku dengar dari ceramah2 para ustaz)

m..bermujahadah..mujahadah..Mujahid.. JIHAD.. m..

Walaupun jalannya masih tidak dapatku lihat sebaiknya, namun amat perlu aku berusaha mencarinya dan terus menerus berada padanya. Bagaimana??? Fikir2kan .. Masing2 ada cara masing2.. Namun, JANGAN SAMPAI MENGIKUT JALAN ILUSI YANG MENYESATKAN..M..faham2kanlah..~

Ya ALLAH..Tunjukkanlah kami jalan yang terbaik untuk kami dalam menempuh hidup di dunia nan sementara ini..

Moga setiap pemikiran serta keputusan kami mengikut segala apa yang Kau perintahkan.. Moga hati2 kami sentiasa mengingatiMU..

Ampunilah kami ya ALLAH..
Ampunilah kami di atas segala kelalaian kami..
ampunkanlah kami..
ya ALLAH..


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.