Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Wednesday, June 17, 2009

Diri..Dimana letaknya dikau?


herm..nampaknya apa yang ku rancang untuk tulis pada hari ini telah berubah. Terutama setelah melihat semula blog-blog yang mempamerkan kisah seorang hamba Allah yang telah pulang kepadaNYA beberapa hari yang lepas. Allahyarham'Ammar.

Entahlah..nak cakap bagaimana. Saya tidak pernah pun, walau sekali mengenalinya mahupun mengetahui kewujudannya sebelum ini. Tapi entah mengapa, hati jadi begitu sayu dengan pemergian allahyarham. Pada mulanya saya hanya mengetahui pemergian allahyarham melalui seorang saudari yang berada dalam ym saya. Saudari tersebut hanya mengkhabarkan perihal kemalangan yang telah berlaku dan memberitakan nasib yang sedang dilalui insan-insan yang terlibat. Tanpa memikirkan apa-apa saya hanya membuka 'link' yang telah diberikan mengenai berita lanjutan tentang kemalangan tersebut.

Namun, setelah saya membaca dan menjelajah blog demi blog; saya rupanya telah 'berkenalan' dengan seseorang yang cukup istimewa dalam hati setiap insan yang berada disekelilingnya. Saya sendiri tidak tahu mengapa air mata saya yang langsung tidak pernah kenal allahyarham harus menitis..?? Mungkin inilah tempias keindahan serta kegigihan perjuangan allahyarham semasa masih hidup lagi.

Amat rendahnya rasa diri ini tatkala membaca rentetan hidup allahyarham. Siapakah saya pada pandanganNYA? ALLAH.. Moga Kau tempatkan allahyarham dalam kalangan hambaMU yang Kau cintai.

ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah..
terimalah..
terimalah..
taubatku ini..


ALLAH..banyak dosa yang ku pikul. Menggunung..berat menggelapkan hati.. Bagaimanalah sebenarnya hubunganku denganMU? sedangkan ku amat rasai begitu rapuh dan sirna hubunganku dengan manusia..

Bimbingku ya ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..

p/s: di kesempatan ini.. Saya amat benar ingin memohon kemaafan daripada mak, abah, angah, idah dan atok. Maafkan along. Along sedar along banyak buat salah kepada mak..abah.. dan kalian semua..Maafkan along.. Along sayang mak! Along sayang abah! Along sayang angah..idah! Along sayang atok!

saya juga ingin meminta maaf kepada kawan-kawan & sahabat-sahabat yang mengenali diri saya secara langsung atau kebetulan.

Maafkanlah atas segala kesalahan saya kepada kalian sama ada saya sedar atau tidak; sama ada saya sengaja atau tidak..maafkan saya yer.. Saya hanyalah insan biasa yang lemah. Maafkan saya..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.